Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Sidang Dewan Rakyat Penggal k-3 Parlimen ke-13

$
0
0
1. Sidang Parlimen pada hari, selain menyaksikan buat pertama kali Dato Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, juga menyaksikan perubahan kedudukan ketua whip parlimen Bn, bertukar daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada MP Bagan Datoh tersebut. 

2. Persidangan parlimen penggal ke-3 Parlimen ke-13 juga akan mendengar pembentangan Bajet 2016, di mana bajet tersebut merupakan paksi kepada RMK-11. Bajet kali ini, merupakan RMK lima tahun menjelang Tahun 2020, di mana negara akan lepas landas sebagai Negara Maju.

3. Perhatian bajet kali ini akan tertumpu pada 40 peratus rakyat yang masih dalam kategori berpendapatan rendah. Dalam janga lima tahun, rakyat dalam kategori ini cuba diubah menjadi rakyat berpendapatan sederhana.

4. Persidangan terakhir bagi tahun ini, selain penumpuan kepada Bajet Tahun 2016, kemungkinan besar akan dihangatkan dengan isu 1MDB, isu wang RM2.6bilion, serata isu SOSMA.

5. Pada persidangan kali ini, akan terlihat kelibat Dato Zahid Hamidi dalam penjelasan berkaitan isu-isu semasa yang sedang melanda negara, terutama isu persepsi yang melanda Putrajaya.

6. Apa kah persidangan kali ini, akan sampai kepada "name calling" atau persidangan berhemah, sama-sama kita tunggu dalam jangka masa 25 hari.

7. Nampaknya tugas Speaker semakin sibuk, dan besar kemungkinan, ramai MP bakal digantung, kerana ingkar perintah Speaker.

8. Pada persidangan kali ini juga, akan terlihat kelibat Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru Datuk Salleh Tun Said, apa kah ketajaman beliau melalui penulisan dan sidang akhbar diterjemahkan untuk mematahkan hujah daripada Lim Kit Siang atau Tony Pua.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808