Contoh pertama fenomina ini adalah pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional, kemudian disusuli kerajaan Malaysia. Selain itu, produk pecah dulu dan gabung kemudian adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Parti Bersatu, ditubuhkan oleh mantan pemimpin Umno, demikian juga STAR ditubuhkan oleh mantan pemimpin PBS. Sementara itu Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) adalah komponen Barisan Nasional. Demikian juga sekumpulan pemimpin PKR yang diketuai Datuk Azmin Ali, juga sebahagian daripada mereka adalah pemimpin parti-parti komponen BN.
Bukti jelas, pecah dulu gabungan kemudian yang dibuktikan menerusi pilihan raya adalah antara Bersatu dan Umno, Star dan PBS, semasa PRN-16 Sabah, walaupun pada PRN Melaka, tidak berlaku. Namun, besar kemungkinan akan berlaku pengabungan selepas keputusan PRN tersebut diumumkan, apabila parti-parti yang berpecah gagal mendapat sokongan majoriti untuk membetuk kerajaan.
Apa yang ingin dibuktikan pada PRN Melaka, terutama oleh parti Umno, apa kah sokongan pada parti itu telah pulih? Jika ya, maka akan diteruskan bergerak solo pada PRU-15 akan datang. Jika sebaliknya, maka tiada pilihan, melainkan akan mengikuti fenomina, pecah dulu gabung kemudian.
Umno seperti juga Bersatu dan Pas, sukar bergabung dengan Pakatan Harapan, kerana isu parti DAP, walaupun hanya Umno yang tiada pengalaman berkerjasama dengan parti berlogokan roket tersebut. Bagi Bersatu dan Pas yang mempunyai pengalaman bersama DAP, tidak akan mengulangi dipatok ular pada lubang yang sama.
Pada PRN Melaka, ramai beranggapan, persaingan sebenar adalah antara PH dan BN, tidak mengambil kira PN. PN hanya dianggap sebagai penghalang kepada kemenangan BN khususnya calon-calon Umno, kerana mungkin, keupayaan Bersatu dan Pas mendapat undi kaum melayu,khususnya di kawasan-kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 peratus pengundi cina. Pada kawasan-kawasan seperti ini, impak Bersatu atau Pas, hanya dilihat tidak signifikan, apabila calon-calon parti itu hilang wang pertaruhan, jika sebaliknya, maka diperkirakan memberi kelebihan pada calon-calon PKR dan Amanah. Akan berlaku kah, calon-calon Bersatu atau Pas hilang wang deposit? Memandangkan masing-masing mempunyai rekod tersendiri yang boleh dirujuk oleh pengundi.
Rakyat boleh menjadikan, rekod kerajaan yang diterajui Bersatu dan Pas semasa pandemik Covid-19, yang melaksanakan berbagai tindakan yang mengutamakan rakyat. Selain itu, strategi yang dilakar semasa kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin bukan sahaja berjaya, akan tetapi diteruskan oleh Kerajaan Malaysia yang diterajui Naib Presiden Umno- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Kerana pertimbangan kejayaan Kerajaan yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, maka menjadi pertimbangan para pengundi negeri Melaka, dan kerana itu, kebarangkalian, sokongan di kawasan-kawasan majoriti melayu, akan seimbang antara calon-calon Umno, Bersatu dan Pas, manakala pihak PH, akan mendapat tempias sedikit, akan tetapi, walaupun sedikit, memandangkan sokongan kaum cina bulat pada pada calon-calon PH, maka kemenangan lebih berpihak pada calon-calon yang mewakili parti tersebut.
PH, hanya memerlukan 7 kerusi daripada 20 kawasan majoriti melayu, kerana diperkirakan parti DAP tidak menghadapi masalah untuk menang di 8 kawasan majoriti kaum cina. Berbanding Umno atau Bersatu dan Pas, yang perlu menang sekurang-kurang 15 kerusi di kawasan majoriti melayu.
Ini lah yang membimbangkan, akibat pertembungan antara Umno dan Bersatu-Pas, maka menjadi pemudah cara untuk PH kembali berkuasa di Melaka. Jika sekiranya, PH menang kurang 7 kerusi di kawasan majoriti melayu, maka akan berlaku sekali lagi, pecah dulu gabung kemudian, antara Umno, Bersatu dan Pas, untuk membentuk kerajaan Negeri Melaka. Sama-sama kita nantikan apa yang berlaku pada 20 November ini.