1. Undi tidak percaya, sebenarnya tidak wujud dalam sistem Parlimen Malaysia. Ertinya, tidak akan berlaku undi tidak percaya kepada DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Undi tidak percaya bukan sahaja tidak berlaku pada DS Najib, juga mana-mana ahli parlimen.
2. Atas sebab itu, meskipun dalam order paper persidangan parlimen yang bermula pada Isnin, 19 Oktober, terdapatnya senarai usul undi tidak percaya, ianya tidak akan menjadi material.
3. Sebenarnya, MP pembangkang dan 2-3 orang MP veteran daripada Bn yang mahu sangat usul undi tidak percaya, mungkin pura-pura tidak tahu berkaitan peraturan parlimen Malaysia, ataupun mereka langsung tidak faham.
4. Seharusnya para ahli parlimen faham peraturan parlimen negara, jika tidak, ertinya mereka itu, bagaikan bangkai bernyawa, yang tidak mempunyai roh parlimen.
5. Ahli pembangkang termasuk beberapa MP Bn yang mencuba sesuatu diluar bidang kuasa mereka, ertinya, mereka suka-suka mengadakan peraturan sendiri.
6. Keinginan MP pembangkang dan beberapa MP Bn untuk menggulingkan DS Najib melalui apa yang mereka panggil Undi Tidak Percaya, tidak akan berjaya, kerana ianya bukan sebahagian daripada peraturan Parlimen. Speaker Dewan Rakyat, tidak akan boleh bertindak jika tidak sesuai dengan peraturan parlimen.
7. DS Najib hanya akan dapat digulingkan melalui cara Dun Perak atau Sabah, maknanya, ada kumpulan yang berjumpa dengan Speaker bersama dengan senarai anggota Parlimen yang berjumlah tidak kurang 112. Jika itu berlaku, Speaker akan maklumkan kepada Perdana Menteri, bahawa terdapat sejumlah MP menolak beliau. Jika keadaan itu berlaku, maka DS Najib mempunyai dua pilihan. Pertama menasihatkan SPB Agong untuk membubarkan Parlimen bagai maksud pilihanraya umum atau berundur.