MENGGELIKAN, apabila ADUN Luyang- Phoong Jin Zhe membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, kononnya derhaka kepada Agong.
Hanya puak pembangkang, dan pihak-pihak tertentu, cuba membangun persepsi, masalah teknikal berkaitan pengungkaian beberapa ordinan darurat yang diwujudkan semasa proklamasi darurat.
Di pihak Perdana Menteri mahupun Menteri Parlimen & Undang-Undang tiada satu ayat pun menyebut membabitkan Agong, semasa memberi penjelasan di Parlimen pada 26 Julai, 2021.
Kerajaan telah membuat tindakan berasaskan lunas undang-undang dan Perlembagaan negara, apabila mempersembahkan kepada Baginda, bahawa kerajaan mohon perkenaan semua ordinan yang diwujudkan semasa Darurat dibatalkan.
Isu ini, akan menjadi perdebatan undang-undang, atas sebab, yang menasihatkan Kerajaan adalah Peguam negara. Dan Kerajaan bertindak atas nasihat tersebut. Kalau menurut mantan Hakim Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram, duluan sebelum ini, dalam kes Sultan Kelantan dan Jemaah Menteri, membatalkan ordinan, tidak semestinya mendapat perkenaan Agong, ada lah memadai, menerusi Jemaah Menteri.
Jangan kerana penafsiran undang-undang yang belum muktamad, maka dibuat kesimpulan, bahawa Perdana Menteri dan Menteri Parlimen dan Undang-Undang derhaka.
Memang mudah membuat dakwaan, untuk tujuan politik, jika berlaku tafsiran undang-undang sebegini, akan diambil peluang oleh pihak lawan, menekan, membuat berbagai tafsiran negatif kepada kerajaan, tujuannya bukan sahaja untuk mengelirukan rakyat akan tetapi untuk mendapatkan keuntungan politik.
Desakkan Perdana Menteri meletakkan jawatan, desakkan seluruh kabinet meletakkan jawatan, membuat laporan polis, kononnya Perdana Menteri dan Menteri Parlimen dan Undang-undang derhaka, hanya bertujuan membangun persepsi dan untuk mendapatkan keuntungan politik.
Satu persoalan yang cukup mudah, sejak bila pemimpin DAP patuh kepada Raja-Raja berbanding dengan pemimpin melayu, seperti Tan Sri Muhiyiddin Yassin atau Datuk Takiyuddin Hassan? Mereka ini hanya menangguk di air keruh dan bertindak lebih sudu daripada kuah.