CUBA rujuk kembali KRISIS PERLEMBAGAAN tahun 1994. Kuasa Agong sudah ditarik balik. Sepatutnya mereka yang menjadi aktitek JANGAN mengelirukan rakyat.
Apa yang berlaku, akitek-akitek itu lah yang terlompat-lompat menuduh Perdana Menteri derhaka, sedangkan Perdana Menteri dengan kerajaan beliau sudah bertindak mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan, dan hormat kepada Raja Berperlembagaan.
Bukti jelas, menerusi kronologi tindakan kerajaan berkaitan isu yang dijadikan kemelut- isu ordinan darurat. Menerusi kronologi tersebut jika berpandukan kepada Raja Berpelembagaan, ianya cukup teratur.
Isu derhaka yang ditimbulkan, bukan pun isu undang-undang atau perlembagaan, ianya isu politik, yang dirancang, untuk mengelirukan rakyat, yang mungkin terlupa berkaitan KRISIS PERLEMBAGAAN tahun 1994. Atas sebab itu, mantan Hakim Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram, tidak merujuknya, akan tetapi merujuk kes duluan yang berlaku tahun 1963, juga berkaitan ordinan.
Secara sepintas lalu, akta pun, jika telah diluluskan parlimen dan dipersetujui dewan negara, jika pun tidak mendapat perkenaan Agong, ianya tetap menjadi undang-undang selepas 30 hari. Ini kan pula ordinan darurat, yang tamat dengan sendirinya apabila proklamasi tamat sesuai dengan tarikh luput.
Kalau bercakap soal derhaka, ianya berlaku pada tahun 1994, akibat penderhakaan tersebut kuasa-kuasa Agong telah ditarik, bukannya pada 21 julai atau 26 julai, 2021.
Penulis sengaja tidak memberi ulasan berkaitan titah Agong, biar lah rakyat menilai dan memahami dengan sendirinya dengan merujuk apa yang berlaku pada tahun 1994. Apa yang berlaku tahun 1994 kekal sehingga ke hari ini.
Bagi penulis, Kerajaan sudah bertindak dengan betul, bertindak dengan penuh penghormatan kepada Agong, sesuai dengan amalan dalam Raja Berpelembagaan.
Mereka yang menuduh kerajaan derhaka, Perdana Menteri derhaka, sehingga wakil rakyat DAP pun membuat laporan polis, mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, dengan alasan derhaka, sangat jelas, kekecohan di parlimen oleh pihak pembangkang, ada lah satu rancangan untuk menjatuhkan kerajaan.
Satu perkara yang menarik berkaitan isu derhaka ini, mereka bersetuju dengan mereka yang bermasalah moral dan integriti, akan tetapi tidak bersetuju pula dengan mereka yang bebas isu moral dan integriti.