SEHINGGA hari ini, selain 40 ahli parlimen BN; 50 ahli parlimen PN, GPS 18, PBS 1 dan Bebas pro PN 4 kekal menyokong Perdana Menteri. Menerusi senerai ini, Perdana Menteri disokong 113 daripada 220.
Di pihak pembangkang pula, masih dengan DAP 42, PKR 35, Amanah 11, Warisan 8, Pejuang 4, PSB 2, Muda 1 dan Bebas pro PH 1; keseluruhannya berjumlah 105.
Sementera Bebas-Umno kekal 2.
Walaupun BossKu bersama 2 yang lain secara peribadi menyokong PN bukan Perdana Menteri, akan tetapi akur dengan keputusan BN.
Tindakan pembangkang sekarang, mahukan Agong memecat Perdana Menteri dengan menggantikan dengan seseorang yang lain, bersandarkan pada fiasco comunicado berkaitan pembatalan ordinan darurat.
Penulis melihat kemelut ordinan darurat hanya isu teknikaliti, yang menyebabkan pertembungan antara Istana dan Kerajaan.
Dalam keadaan yang amat genting dihadapi kerajaan melawan pandemik covid-19, yang saban hari mencatitkan rekod, dilain pihak pula desakan daripada pihak pembangkang datangnya tanpa henti, tambahan lagi ada kawan yang melakukan gerakan seperti pembangkang, yang semuanya berkisar dengan segeranya diadakan sidang parlimen.
16 Jun, 2021, Agong menitahkan agar Parlimen bersidang dengan segera. Ekoran pada itu, kabinet mengadakan mesyuarat dan memutuskan untuk mendapat pekenaan persidangan khas parlimen. Agong perkenaan Sidang Khas selama 5 hari; 26, 27, 28, 29 Julai dan 2 Ogos, dengan beragendakan penerangan PPN, tanpa agenda berkaitan ordinan darurat. Sebabnya, Kerajaan telah membuat keputusan mohon perkenaan Agong, bahawa kerajaan tidak bercadang menasihatkan baginda melanjutkan darurat apabila tamat pada 1 Ogos. Kerana darurat tamat sesuai dengan tarikh luput, maka selepas itu, kerajaan mohon perkenaan semua ordinan hendaklah dibatalkan selepas itu. Dengan pengertian demikian, kerajaan berpandangan, tiada keperluan lagi mengungkainya.
Atas keputusan kerajaan tersebut, Perdana Menteri mengutus warkah mohon perkenaan Agong pada 23 Julai, berkaitan pembatalan ordinan darurat. Kesinambungan pada warkah tersebut, Agong menitahkan Menteri Parlimen & Undang-Undang dan Peguam Negara menghadap pada 24 Julai, 2021. Jika bersandarkan titah Agong bertarikh 29 Julai, baginda menzahirkan agar ordinan darurat diungkai dalam persidangan parlimen, namun agenda tersebut tidak termasuk dalam agenda mesyuarat yang telah diputuskan lebih awal yang diedarkan oleh Speaker lebih awal kepada semua Ahli Parlimen.
Pada hari pertama sidang khas parlimen, pembangkang mengasak kerajaan menjelaskan berkaitan ordinan darurat, mengapa tiada dalam agenda. Kerana asakan yang bertalu-talu, Menteri Parlimen dan Undang-Undang berdiri menerangkan, kronologi fakta yang sebenarnya. Menteri Parlimen dan Undang-undang terpacing menjawab, walhal, kerajaan belum mendapat perkenaan Agong. Ekoran daripada itu, Perdana Menteri dan Peguam Negara mohon menghadap Agong keesokannya, dan dalam majlis menghadap tersebut, sekali lagi kerajaan menasihatkan Agong, bahawa mohon perkenaan tersebut adalah teratur dan berlembagaan. Pun demikian, Agong tidak menerima nasihat tersebut, maka keluarlah titah pada 29 Julai, yang antara lainnya baginda dukacita, kerana kenyataan Menteri parlimen dan Undang-Undang pada 26 julai, adalah tidak tepat, dan bercanggah dengan titah baginda pada beliau pada 24 julai. Menerusi kronologi ini lah berlakunya fiasco comunicado; yang diterjemahkan oleh berbagai pihak sebagai pertembungan antara Istana dan Kerajaan.
Di pihak pembangkang, api kecil perlu dibesarkan, dan di mata mereka, sekecil butiran pasir, asalkan boleh merosakkan nasi sepinggan, akan dipergunakan semaksimum mungkin untuk mencapai matlamat.
Penulis berpendapat, dalam isu ini, Perdana Menteri perlu menghadap Agong, untuk memberi penjelasan, merungkaikan semua isu berkaitan, agar tidak menjadi krisis.