Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PROKLAMASI DARURAT- BANYAKNYA PERKARA PELIK BERLAKU

$
0
0
Barisan pembangkang, dan juga Umno daripada awal-awal lagi menolak proklamasi darurat. Apabila darurat berlaku juga, mereka mulanya menjunjung titah Agong. Selepas itu, mendesak parlimen dibuka, walaupun dalam keadaan darurat. Agong juga berpendapat, sidang parlimen boleh bersidang. Kerana isyarat ini, maka semakin kuat desakan pembangkang dan kluster mahkmah mendesak parlimen dibuka. Desakan tersebut diikuti, darurat perlu ditamatkan segera. Agong bersetuju darurat tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos, kerana itu tarikh luput darurat.Pada masa sama juga Agong mahukan persidangan parlimen dilaksanakan dengan segera mungkin. Ekoran titah Agong tersebut, Umno beri kata dua kepada kerajaan untuk membuka parlimen dalam tempoh 14 hari. Mungkin atas sebab kata dua tersebut, Kerajaan mendapat perkenaan Agong diadakan Sidang Khas Parlimen pada 26, 27, 28, 29 Julai dan 2 Ogos, 2021. Sidang khas ini hanya beragenda penerangan pelan pemulihan negara (PPN), dan tidak mengungkai ordinan darurat, atas sebab ianya luput dengan sendirinya pada 1 Ogos. Pada 26 Julai, hari pertama sidang parlimen khas, asakan demi asakan terhadap Menteri parlimen dan Undang-undang, akhirnya menteri memberi tahu perkara sebenarnya, walaupun perkara tersebut belum mendapat perkenaan Agong. Atas sebab isu tekniliti ini, maka berlaku kemelut antara Kerajaan dan Istana. Bagi pembangkang, dan kluster mahkamah dan penyokong, keadaan ini bagaikan mengantuk disorongkan bantal, mereka menyambutnya kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Bertumbi-tumbi desakan Perdana Menteri letak jawatan, termasuk daripada BossKu. Hanya isu tekniliti, api kecil menjadi besar, sehinggakan PMO, terpaksa mengeluarkan kronologi kejadian. Kronologi tersebut, diapi-apikan lagi oleh pembangkang, kluster mahkamah dan penyokong, dengan harapan kemelut antara Istana dan Kerajaan menjadi krisis. Ternampak sangat, kluster mahkamah mahu menyingkirkan Perdana Menteri, kerana itu lah visi mereka, tidak sokong PM tetapi sokong PN, dan hasrat tersebut tersirat melalui kenyataan media TPM, bahawa kerajaan ada sokongan lebih 110, tanpa menyebut PM. Usaha pembangkang mengambil alih kerajaan, tidak akan berlaku, selagi AP Umno kekal menyokong PN, tanpa Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Tapi, ada tapinya, PAS salah satu parti dalam PN, dengan jelas menyebut nama Tan Sri Muhiyiddin Yassin, dan semua AP parti berdiri teguh dibelakang beliau. Bermula daripada sekarang sehingga pukul 10.00 pagi 2 Ogos, apabila parlimen menyambung persidangan sehari, akan berlaku semakin banyak perkara-perkara pelik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808