1. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, mengulang lagi, bahawa sokongan pemimpin Umno atau MP BN terhadap Perdana Menteri DS Najib Razak, kerana PM ke-6 itu memberi wang atau membeli mereka.
2. Posting terbaru mantan PM itu semalam, selain mengulangi dakwaan tersebut, juga menjawab kenyataan Speaker dewan rakyat- Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkenaan undi tidak percaya terhadap DS Najib di dewan rakyat.
3. Tun M mengulas kenyataan Pandikar, bahawa undi tidak percaya terhadap PM tidak pernah berlaku di dewan rakyat sejak merdeka. Bagi menjawab itu, mantan PM mengulangi sebab musabab beliau mengulangi desakan agar Najib meletakkan jawatan, kerana PM sebelum ini, tidak pernah menerima wang RM2.6bilion melalui akaun peribadi, tidak pernah ada PM didakwa terlibat dengan pembunuhan, tidak pernah seorang PM terlibat menubuhkan sebuah syarikat yang berhutang RM42bilion, tidak pernah seorang PM sebagai penasihat sebuah syarikat melakukan usahasama dengan sebuah syarikat yang tidak jelas yang membabitkan bilion ringgit.
4. Tun M mengulangi bahawa adalah demokratik mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan melalui undi tidak percaya, kerana jika tidak maka Speaker melanggar peruntukan dalam Perlembagaan, di mana tertulis, seseorang PM perlu meletakkan jawatan jika tidak mempunyai sokongan majoriti anggota dewan rakyat.
5. Dalam tulisan terbaru Tun M, beliau mendakwa, jika undi tidak percaya kepada DS Najib tidak mendapat sokongan MP Bn, hanya kerana mereka telah dibeli. Kenyataan seumpama ini, benar-benar satu tindakan penghinaan terhadap 133 anggota parlimen Bn. (BN kini mempunyai 134 MP, selepas memenangi Parlimen Teluk Intan Perak).
4. Mereka yang mendesak diadakan undi tidak percaya adalah pembangkang. Kalau dikira, undi mereka tidak pun mencukupi mendapatkan undi majoriti 112 bagi menjatuhkan DS Najib, kerana pembangkang hanya mempunyai 87 anggota tidak termasuk seorang anggota bebas.Untuk mendapatkan undi 112, maka pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 25 MP Bn.
5. Jika MP Bn, menyeberang semata-mata mahu mendesak DS Najib meletakkan jawatan, itu bermakna, menjatuhkan kerajaan Bn. sesuatu diluar pemikiran para MP Bn untuk menjatuhkan kerajaan sendiri.
6. Dakwaan Tun M yang dikongsi dengan pembangkang serta media antarabangsa, hanya merupakan dakwaan belum terbukti di mana-mana mahkamah. Kecuali wang RM2.6bilion yang diterima sebagai sumbangan yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri, namun wang itu bukan wang rakyat atau wang mana-mana syarikat milik negara atau syarikat milik swasta negara, melainkan wang tersebut daripada pihak penderma budiman.
7. Sungguh malang, jika seorang Perdana Menteri boleh dijatuhkan hanya kerana dakwaan yang belum terbukti, dakwaan bersandarkan persepsi dan rekayasa. Para MP Bn menyedari, bahawa sokongan perlu berpijak dibumi yang nyata, bukan kepada sesuatu yang bersifat khyalan.
8. Oleh kerana para MP Bn terus menyokong DS Najib, maka Tun M cuba melakukan palitan, kononnya, sokongan mereka itu, kerana mereka mendapat wang daripada Perdana Menteri.
9. DS Najib merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Kedudukan beliau sebagai Presiden Umno membolehkan beliau membantu ahli-ahli parti atau para pemimpin parti. Kalau Presiden tidak membantu ahli atau pemimpin parti, siapa lagi yang boleh membantu??