1. Apabila Tun Dr Mahathir gagal memaksa DS Najib Razak meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok yang dibatalkan oleh Pak Lah, ekoran daripada itulah mantan Perdana Menteri itu menarik sokongan terhadap Najib.
2. Bagi mendesak Najib meletakkan jawatan, maka diangkatlah isu 1MDB. 1MDB menjadi kambing hitam, hanya kerana syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut meminjam RM42bilion untuk mendapatkan berbagai jenis hartanah termasuk pembekal litrik di berbagai negara, membeli tanah serta menyertai pelaburan yang bercorak carigali minyak dan gas.
3. Sebuah syarikat milik negara yang hanya bermodalkan RM1juta, sudah tentu perlu melakukan pinjaman bagi membiayai perniagaannya. Seperti kata Perdana Menteri, 1MDB dalam mendapat modal menempuh cara IPO pantas atau pintas.
4. Sebuah syarikat yang hanya bermodalkan RM1juta, namun mampu meminjam sehingga 42ribu kali ganda modal asal, sebenarnya satu bentuk kepercayaan dan keyakinan kepada syarikat tersebut.
5. Seharusnya rakyat negara ini bangga, kerana satu syarikat milik penuh kerajaan, mampu menarik kepercayaan daripada pemilik modal/wang dengan memberikan pinjaman.
6. Oleh kerana julung kali berlaku, sebuah syarikat di mana penasihatnya adalah DS Najib, mampu memberi keyakinan kepada pemilik modal memberikan pinjaman, maka pihak-pihak tertentu khususnya Pembangkang dan kemudiannya disertai Tun Dr Mahathir, merasa cemburu, kerana kejayaan 1MDB tersebut merupakan satu keupayaan sebenar DS Najib.
7. Sesuatu kejayaan, boleh diputar belit oleh pihak musuh sebagai liabilti, inilah yang berlaku kepada DS Najib bertembungan dengan 1MDB.
8, Berbagai gambaran negatif dilimparkan terhadap syarikat gergasi tersebut, sehingga membawa imej buruk kepada syarikat itu, mengakibatkan perancangannya terbantut termasuk penerbitan IPO yang bertujuan untuk mendapatkan dana awam sebanyak RM8bilion bagi membiayai pembinaan hartanah yang dimilikinya termasuk pembangunan Bandar Malaysia, TRX serta tanah di Pulau Pinang dan Pulau Indah di Selangor.
9. Oleh kerana gambaran buruk tersebut, maka syarikat terpaksa menempuh rasinoalisasi, iaitu menjadikan harta yang dimilkinya untuk dijadikan wang, agar supaya bebanan hutang dapat dilangsaikan. Menjadikan harta menjadi wang, ekoran masalah aliran tunai yang dihadapi sayrikat tersebut kerana kegagalan mendapatkan dana awam melalui IPO.
10. Tujuan asal para pengeritik 1MDB dan menjadikan kambing hitam bagi mencalar imej Perdana Menteri, agar supaya syarikat itu tidak berkembang maju, atas sebab jika 1MDB berjaya, maka dengan sendirinya melampui kejayaan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
11. Kata orang, kalau melapah gajah biarlah sedikit demi sedikit, cara itu cuba dilangkaui DS Najib Razak, kerana zaman sudah berubah, zaman ini adalah zaman teknologi, sesuatu yang payah itu boleh disiapkan denga cepat kerana bantuan berbagai cara moden dan canggih. Buktiya, cara moden itu boleh berjaya sepertimana ditunjukan oleh 1MDB dimana mampu mendapatkan pinjaman 42ribu kali ganda dalam masa 6 tahun operasi. Namun cara itu tidak disenangi dan ditukarkan kepada liabiliti kepada pemudah cara syarikat tersebut, iaitu DS Najib.
12. Bunyi bising berkaitan 1MDB dimulakan pada akhir tahun 2014 dan berlarutan sehingga kini, malah dijadikan sebagai batu loncatan bagi mendesak DS Najib meletakkan jawatan.
13. Berbagai kaedah dilakukan termasuk pengelibatan media antarabangsa disokong oleh beberapa individu mengadun berbagai dakwaan buruk terhadap 1MDB, termasuk dakwaan bahawa sebahagian wang yang dipinjam telah lesap, malah didakwa diselewengkan oleh DS Najib.
14. Puncak kepada dakwaan tersebut apabila The Wall Street Jounal, surat khabar yang terbit di Amerika pada 2 Julai mengaitkan wangUSD681milion kononnya sebahagian wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Selepas siasatan oleh SPRM, terbukti wang tersebut bukan daripada 1MDB melainkan daripada penderma budiman daripada Timur Tengah.
15. Serangan terhadap 1MDB bertali arus, malah The New York Times dan WSJ pada september mengisukan, bahawa syarikat itu disiasat oleh FBI dan mengaitkan operasi syarikat itu dalam kategori pengubahan wang haram. Ekoran kepada dakwaan tersebut, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menterjemahkan, bahawa DS Najib bakal ditangkap jika melawat ke luar negara.
16. Sebagai mana kita ketahui, bahawa sejak 25 September, DS Najib telah berada di New York bagi menghadiri persidangan PBB yang ke-70, malah semalam PM telah berucap pada persidangan tersebut. Sebelum itu, di luar persidangan, PM telah memberi jaminan kepada para peniaga atau pelabur asing termasuk daripada Amerika Syarikat, bahawa Kerajaan Malaysia masih stabil dan kukuh, atas sebab itu, beliau tidak terdorong untuk cepat kembali ke tanah air kerana takut kehilangan jawatan atau dengan kata lain, khuhatir akan ditangkap.
17. DS Najib mengingatkan para pemodal atau peniaga asing, bahawa bunyi bising di Malaysia itu merupakan cerminan transformasi politik tanah air yang semakin berubah, di mana peluang diberikan seluas-luasnya kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat. Dan suara "bising" itu tidak menganggu gugat kerajaan yang dipilih rakyat pada tahun 2013, malah kerajaan dibentuk akan meneruskan sehingga penggal tamat sehingga tahun 2018.
18. Suara-suara bising yang dikumandangkan termasuk daripada Tun Dr Mahathir, tidak akan membuatkan kerajaan lemah, meskipun sedikit sebanyak suara-suara tersebut membawa persepsi negatif kepada kerajaan. Seperti kata peribahasa, hilang kabus nampaklah gunung.