Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Internet: Yang Penting Liputan

$
0
0
1. Bagi mereka yang mergunakan internet sebagai jaringan utama, khususnya penyebaran maklumat, on time, kelajutan internet adalah pilihan. Institusi kewangan atau perniagaan dalam talian, kelajutan internet merupakan prasyarat memberi perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing.

2. Di Malaysia, kemajuan internet, boleh dikatakan memberansangkan, walaupun hanya bermula tahun 90-an, namun, dunia mengakui, bahawa pencapaian negara dalam dunia internet. Sehubungan itu, Perdana Menteri menerima anugerah berkaitan penggunaan internet awal minggu ini di New York.

3. Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Mutimedia, mempunyai misi berkaitan penggunaan internet. Misi itu, selain kelajuan, juga liputan dan harga yang sederhana. Kerajaan melalui kementerian tersebut, lebih mengutamakan liputan, kerana melalui liputan yang meluas, maka rakyat boleh mempergunakan internet di mana sahaja.

4. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia- Datuk Salleh Tun Said, kerajaan mempunyai sasaran sekurang-kurangnya 95 peratus rakyat negara ini pada Tahun 2020 mempunyai capaian internet, selain itu kerajaan juga mensasarkan bahawa kelajuan bagi kawasan bandar sekurang-kurangnya 50 peratus berkelajuan 100 Mbps dan 20 peratus bagi kawasan luar bandar.

5. Dakwaan Lim Kit Siang, bahawa seharusnya Salleh menumpuhkan kepada peningkatan kelajuan capaian internet di dalam negara, sebenarnya tersalah sasar, kerana pengguna internet dalam negara sebenarnya mempunyai pilihan, boleh melanggan internet yang mempunyai capaian yang laju sehingga 20Mbps, namun kenyataannya 71 peratus pengguna memilih capaian internet yang sederhana laju, atas sebab kos. 

6. Sebenarnya, Kit Siang tidak perlu timbulkan berkaitan kelajuan capaian internet di negara ini, jika pemimpin pembangkang itu celik sedikit berkenaan pakej internet yang dalam negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808