Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KERUSI UMNO LEBIH SELAMAT JIKA BERSAMA PKR

$
0
0
Di Mata pemimpin Umno, kerusi-kerusi parti itu lebih selamat, jika bersama PKR, kerana tidak saling bertindih, berbanding dengan Bersatu atau Pas.

Penjajaran dengan PKR (secara rahsia), adalah strategi Umno untuk menang sebanyak mungkin kerusi pada PRU-15, kerana parti itu, yakin menerusi sokongan PKR, maka mudah menang di kawasan-kawasan tradisi parti itu, yang juga bakal ditandingi Bersatu atau Pas.

Umno bertegas tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, selain kerana kerusi yang saling bertindih, akan tetapi juga mendapat sokongan daripada kolam yang sama. Hubungan antara Umno dan Bersatu, ibarat sebuah bukit yang didiami dua hariamu jantan.

Isu yang menjadi penghalang kerjasama dengan Umno dan PKR, adalah garis panduan awal Umno No Anwar, No PKR yang kemudiannya menjadi panduan akar umbi parti tersebut. Kalau bukan kerana garis panduan tersebut, maka kemungkinan besar secara terbuka, Umno sudah mengistiharkan kerjasama, mungkin kerajaan hari ini, tidak akan terwujud, melainkan kerajaan atas nama lain.

Walaupun garis panduan Umno, No Anwar, No PKR, akan tetapi Presiden dan segelintir pemimpin parti tersebut secara diam-diam menyokong Anwar.

Para pemimpin Umno yang pro-Anwar, masih tidak mampu menimbulkan diri, kerana kekangan pendirian akar umbi parti, yang masih berpaut dengan pendirian No Anwar.

Pendedahan, rakaman audio rakaman antara Anwar dan Zahid, sebenarnya sebagai "testing the water" untuk melihat reaksi. Kerana reaksi samada penyokong PKR mahu Umno begitu negatif sekali, maka, Anwar dan Zahid terpaksa membuat penafian, malah Presiden PKR itu bertindak lebih jauh, kononnya rakaman tersebut perbuatan pemimpin Bersatu, sebagai reaksi pemutusan hubungan Umno dengan parti yang dipimpin Perdana Menteri-Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Anwar dan Zahid, semasa membuat penafian, telah menyatakan akan membuat laporan polis untuk tujuan siasatan, siapa dalang kepada rakaman tersebut, namun menurut Ketua Polis Negara, setakat ini belum menerima sebarang laporan bagi pihak dua Presiden tersebut. Pihak polis, hanya menerima laporan daripada pihak-pihak yang tidak mewakili dua pemimpin tersebut, tetapi bertindak sebagai individu sebagai ahli Umno yang merasa tertipu, jika benar, rakaman audio tersebut benar-benar belaku.

Isyarat kerjasama Umno dan PKR, bakal berlaku, apabila Dato Seri Najib Razak dalam hantaran terbahru, cuba mempengaruhi ahli Umno, dengan menyatakan, bagaimana Umno berkerjasama dengan pemimpin atau parti yang mahu menghancurkan Umno. Walaupun beliau tidak menamakan parti, tetapi dimengerti ianya merujuk kepada Bersatu.

Kenyataan mantan Perdana Menteri tersebut tidak semestinya benar, jika merujuk kepada KERJASAMA antara Bersatu Sabah dan Umno Sabah, dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Kedua-dua parti tersebut saling mendokong, saling mengisi antara satu sama lain, bukannya seperti dakwaan MP Pekan tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808