Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

NO ANWAR DAN NO DAP ITU BENAR ATAU RETORIK?

$
0
0
YAKIN kah anda, bahawa ucapan berdegar-degar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa PAU-2020 terutama bab No Anwar, No DAP itu benar? Atau kah hanya retorik?

Bagi penulis, ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut sekadar ucapan politik, kerana beliau tahu, bahawa politik itu adalah dinamik.

Dalam masa menunggu kesimpulan yang bakal berlaku, Presiden sendiri menjawab, bahawa Umno tidak menutup diri pada PENJAJARAN politik untuk membentuk kerajaan.

Pembentukan kerajaan selepas PRU-15, bukan lah isu, kerana masa itu, pengundi lah menentukan, parti mana diberi mandat.

Isu sekarang, adalah “pengelibatan” Umno untuk menumbangkan kerajaan yang telah disokong, sebelum pembubaran parlimen. Mengapa penulis memberi kata “petik” pada perkataan “pengelibatan” kerana hanya segelintir pemimpin yang terlibat, bukannya Umno secara keseluruhan.

Penjajaran politik sebelum pembubaran parlimen, adalah plan yang dipilih pemimpin utama parti, yang termasuk dalam dalam kluster mahkamah. Plan ini dipilih, kerana “ada perjanjian” jika ianya sukses, maka akan menguntungkan mereka.

Tindakan boleh diteka, jika seseorang memilih plan B daripada Plan A, atas sebab plan A tidak menyebelahi mereka, walaupun plan A tersebut disokong oleh kebanyakkan.

Kerajaan PN, akan terguggat selepas sahaja tempoh darurat tamat pada 1 Ogos, kerana masa itu, mungkin sahaja kerajaan kehilangan sokongan, apabila AP Umno menarik sokongan, mungkin tidak semua, kerana AP yang berjawatan menteri, berpandangan, jawatan yang disandang ADALAH satu tanggungjawab yang besar kepada rakyat dan negara, mereka yang berpandangan begini “tidak” mahu terikat dengan keputusan parti yang beragenda, kerana mereka melihat, ianya bukan keputusan bijak, akan tetapi lebih menjurus kepada kepentingan pemimpin tertentu, yang terpaksa menggapai apa sahaja untuk menyelematkan diri.

Dalam keadaan sekarang, boleh sahaja plan B itu berjaya, tetapi, plan C juga menunggu, dan dalam plan C itu, termasuk pembubaran parlimen, atau adanya “kumpulan AP bebas” yang menyokong kerajaan sehingga keadaan kondiusif melaksanakan PRU, termasuk 80% rakyat telah menerima vaksin dos ke-2.

Benar, Presiden dan pemimpin tertentu dalam Umno sempena PAU-2020, berjaya “mengabui” perwakilan, tetapi “tidak semua” dapat ditutup mata. Mereka ini akan bertindak pada PRU, bersama pengundi atas pagar. Pada masa itu, mereka yang “menggunakan” parti sebagai pelindung, akan direhatkan untuk selama-lamanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808