REKOD pilihanraya masa lalu, parti yang ramai ahli selalu menang pilihanraya, walaupun ada pengecualian - Parti Berjaya pada tahun 1976, parti PBS pada tahun 1985 dan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 (tahun 2018).
Melihat data keputusan pilihanraya di negara kita, tidak semestinya parti-parti yang sedikit ahli itu tidak boleh menang, demikian juga parti yang mempunyai ramai ahli itu selalu menang.
Tetapi, daripada sekian banyak rekod keputusan pilihanraya, parti yang mempunyai ramai ahli mempunyai rekod tertinggi menang pilihanraya, terkecuali di Selangor, kalah sejak tahun 2008, berterusan sehingga PRU-14.
Pembuktian bahawa jumlah ahli ramai, selalu menang, tidak selamanya benar, kerana pada PRU-14, Umno yang mempunyai 3.5juta ahli, ternyata, gagal mendapat undi yang diperlukan untuk menang.
Contoh terdekat, bagaimana jumlah ahli ramai, tidak semestinya menyumbang banyak kerusi, adalah pada PRN-16 Sabah. Kalau dijumlah semua pengundi yang mengundi parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kurang sedikit daripada 320 ribu. Kalau dibandingkan rekod keahlian untuk Umno Sabah sahaja, iaitu 580 ribu, maka, jumlah yang mengundi GRS itu 100% ahli Umno, tanpa seorangpun ahli parti lain, termasuk calon-calon parti-parti tersebut. Persoalannya benar kah demikian? Sudah tentunya tidak!!!.
Hakikat yang perlu diterima dan perlu dipegang, mana-mana parti yang boleh menang dalam pilihanraya adalah parti-parti yang disokong rakyat jelata, dan sudah tentunya, komitmen tidak belah bahagi daripada ahli, sebagai jentera untuk memikat sokongan.
Selain itu, kena terima hakikat juga, jumlah keahlian yang ramai menimbulkan persaingan “tidak sihat” antara ahli, khususnya mereka yang “mabuk’ dengan kedudukan dan jawatan. Kerana keadaan ini, menyebabkan pengundi atas pagar mual, atas sebab itu, tidak pelik, kawasan yang boleh menang, calon yang winnable candidate boleh kecundang.
Berhadapan dengan PRU-15, parti yang dipimpin pemimpin yang mengutamakan rakyat akan mendapat sokongan.
Para pengundi, negara ini sangat bernasib baik, kerana ada rekod perbandingan, baik perbandingan kerajaan mahupun pemimpin.
Jika keadaan politik kekal dan tiada perubahan bermula daripada penamaan calon dan sepanjang kempen sepanjang PRU-15, maka rakyat akan ada 4 pilihan, PN, BN, PH dan Pejuang Plus.
Kerana rakyat kaya dengan maklumat parti-parti dan pemimpin yang bakal bertanding, maka tidak mudah meramal parti-parti mana yang bakal diberi mandat. Akan tetapi, parti-parti yang dipimpin yang membawa perpaduan ummah, mengutamakan rakyat, mempunyai peluang diberi mandat. Sama-sama kita TUNGGU... apa kah demikian????