DALAM sistem demokrasi, semakin ramai kawan, kebarangkalian untuk menang tinggi, demikian juga sebaliknya, semakin sedikit kawan kebarangkalian kalah juga tinggi.
Pemimpin terdahulu, telah memikirkan, semakin banyak kawan, maka kemenangan boleh diharapkan. Mungkin atas sebab itu, parti perikatan ditubuhkan, diikuti dengan Barisan Nasional. Atas sebab keupayaan ramai kawan, maka parti yang mahu menang, meniru, maka wujud lah Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan sebagainya.
Contoh terbaharu kesepakatan banyak parti yang menang dalam sistem demokrasi adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). GRS yang ditubuhkan hanya 14 hari sebelum pembuangan undi pada PRN-16 Sabah September tahun lalu, menang 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.
Penulis, agak pelik, mengapa Umno, parti yang cukup berpengalaman, tidak dapat melihat betapa ampuhnya banyak kawan seperti mana dirasai berdekad lamanya semasa menerajui 13 komponen parti dalam Barisan Nasional. Kini Umno hanya bersama 3 parti, iaitu MCA, MIC dan PBRS.
Jika sebelum September, 2019, Umno dan PAS masih seteru kuat, kerana dendam berdekad lamanya. (Pas adalah serpihan parti Umno). Kini Umno sangat benci dengan PPBM (Bersatu), kerana parti berlambang bunga itu, Umno kehilangan kuasa pada PRU-14. (Bersatu ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin). Bersatu tertubuh, kerana pemecatan Muhiyiddin dan Datuk Mukhirz Mahathir daripada parti.
Umno yang kehilangan kuasa, bagaikan jatuh ditimpa tangga, apabila beberapa wakil rakyat parti itu mengistiharkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat bebas, untuk beberapa bulan, sebelum menyertai parti Bersatu.
Penyertaan wakil rakyat bebas tersebut ke dalam Bersatu, dianggap oleh beberapa pemimpin Umno, bahawa wakil rakyat mereka dicuri, sedangkan semasa wakil rakyat tersebut bertindak, tidak mengubah kedudukan Bersatu semasa parti itu masih bersama Pakatan Harapan (PH). PH mempunyai majoriti mudah yang cukup sebagai kerajaan, malah para wakil rakyat bebas tersebut tidak dilantik pada sebarang jawatan.
Para wakil rakyat yang asalnya Umno, kemudian bebas, dan kemudian Bersatu, hanya mendapat kedudukan selepas kerajaan PH tumbang, dan terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional, yang turut disokong Umno.
Jika melihat rentetan kejadian, bagai mana wakil rakyat asal Umno tersebut berakhir dalam Bersatu, sebenarnya tidak langsung, kerana mereka itu semua adalah wakil rakyat bebas. Semasa mereka berkedudukan wakil rakyat bebas, hanya membuat pendirian mesra kerajaan PH. Pada kedudukan wakil rakyat bebas tersebut, boleh sahaja memohon menjadi ahli mana-mana parti dalam PH.
Ada lah tidak adil menuduh Bersatu mencuri wakil rakyat Umno, seperti dakwaan AP Padang Rengas- Datuk Nazri Aziz.
Kalau mengadili, peranan, mantan-mantan wakil rakyat Umno tersebut, sebenarnya katalis kepada kejatuhan kerajaan PH, dan menamatkan tempoh 22 bulan bagi Umno sebagai parti pembangkang. Hanya kerana, pemimpin parti itu yang berkedudukan 1,2,3 (kecuali seorang) dilantik ke dalam kabinet PN, maka timbul ke tidak puas hatian, yang menjadi pengerak untuk menumbangkan kerajaan yang turut disokong.
Kalau memang daripada awal dipatuhi pendirian, bahawa Umno menyokong pembentukan kerajaan sehingga pembubaran parlimen, sepatutnya tidak timbul menarik sokongan seperti mana dilakukan oleh AP Gua Musang, Machang dan Padang Rengas, atau desakan kepada semua AP yang ada jawatan meletakkan jawatan dengan segera, kerana asasnya daripada awal lagi, parti itu tidak menutut sebarang jawatan kabinet, seperti mana GPS Sarawak. Walaupun demikian, Perdana Menteri melantik sebanyak mungkin AP samada daripada Umno atau GPS menyertai kabinet, sesuai dengan kebolehan masing-masing, bagi membantu perjalanan pentadbiran negara.
Ada lah menjadi persoalan, mengapa pemimpin parti yang tiada jawatan, menganggap bahawa mereka yang ada jawatan sebagai "makhluk perosak" dalam parti? sedangkan mereka ini bekerja untuk rakyat dan negara.
Rakyat secara umum melihat, dan menjadi pengadil, pemimpin mana yang mementingkan rakyat dan negara, dan pemimpin yang mementingkan kedudukan peribadi.
Pada PRU-15, pengundi akan memberi undi, kepada mereka yang terbukti mengutamakan rakyat dan negara.
Kerana pengundi adalah pengadil, maka tindakan Umno tidak sudi bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15, bukan lah satu jaminan, bahawa parti itu mendapat sokongan. Kebarangkalian, semua pihak melopong, dan PH akan menjadi kerajaan semula. Mungkin kah itu, misi terselubung??? sebagai hasil TIDAK mengenal mana musuh dan mana kawan!!!. Jika itu berlaku, maka rakyat lah yang bakal merana, seperti mana berlaku selama 22 bulan pemerintahan PH yang dikuasai DAP., sehinggakan rakyat hanya berhak dengan wang 30 ringgik, untuk di bawa ke pasar raya membeli keperluan.
Penulis kagum dengan pendirian Umno Sabah untuk terus memperkukuh, memperkuat, memperkasa Gabungan Rakyat Sabah bersama Bersatu, walaupun segelintir pemimpin Umno Pusat, melihatnya sebagai melawan arus.