MAHU TIDAK MAHU, parti-parti yang ingin membentuk kerajaan selepas PRU-15, perlu menjalin kerjasama untuk mendapatkan jumlah kerusi yang mencukupi.
Para pemimpin politik kena menerima hakikat, bahawa pengundi semakin bijak dalam memberi mandat. Sebagai contoh, pada PRN-16 Sabah, rakyat memberi mandat secara kolektif kepada GRS, tanpa parti dominan.
Apa ertinya itu semua? Pengundi mahu semua pemimpin dan parti menjalin kerjasama, mengurangkan politiking, demi memajukan mereka. Pengundi atau rakyat, mahukan ada semak dan imbang dalam bekerajaan, supaya kepimpinan tidak terpusat.
Rakyat negara ini, mungkin sudah “bosan” dengan pemimpin terpusat, seperti mana berlaku sejak merdeka. Rakyat mahu perubahan, seperti mana keputusan PRN-16 Sabah.
Benar juga, keputusan rakyat Sabah pada PRN-16, kerajaan yang dibentuk tanpa parti dominan berfungsi dengan baik, tergambar, bagai mana pemimpin berlumba-lumba memajukan rakyat dan negeri.
Bukti di depan mata rakyat, Kerajaan Perikatan Nasional, walaupun mempunyai sokongan majoriti tertipis di dunia (pinjam kata-kata Datuk Ahmad Maslan-Setiausaha Agung Umno), tetapi berfungsi dengan baik, walaupun saban hari diacah untuk ditumbangkan.
Menyedari kecenderungan rakyat negara ini, atas sebab itu lah pemimpin berpengalaman seperti Tan Sri Muhiyiddin Yassin, berpendapat seperti mana ucapan beliau pada Perhimpunan Agung MIC-74, bahawa TIADA lagi parti dominan di masa akan datang boleh membentuk kerajaan, melainkan, kerajaan yang dibentuk adalah HASIL kerjasama dengan berbagai parti.
Menurut Perdana Menteri ke-8 tersebut, era parti dominan adalah era masa lalu. Era sekarang, ada lah era semua pihak perlu berganding bahu dan saling sokong menyokong.
Saling bergantung antara satu sama lain, mengelak “tradisi” warlord, yang mana pada masa lalu, boleh menyebabkan pemimpin berintegriti boleh sahaja tercantas, tanpa boleh berbuat banyak, kerana termusnah menerusi “demokrasi’ parti yang dikawal panglima-panglima perang.
Penulis menyaksikan, banyak sangat kejadian, samada di peringkat cawangan atau bahagian, mereka yang menawarkan diri menerusi pemilihan parti yang dilihat mempunyai keupayaan membantu parti, akan tetapi, tidak mampu bersaing, dengan “anak-anak” warlord, waima anak-anak itu, hanya sekadar, budak pejabat.
Oleh kerana perkembangan teknologi, sehinggakan maklumat di hujung jari, setiap orang boleh menjadi wartawan, jurugambar, maka rakyat jelata semakin celik, sehinggakan, dalam sesebuah pilihanraya, rakyat cenderung memilih, parti-parti yang tidak melahirkan panglima-panglima, melainkan, status kedudukan antara pemimpin ada lah seimbang.
Kencenderungan rakyat seumpama ini, penulis yakin, akan dipilih pengundi pada PRU-15 akan datang. Terserah kepada mana-mana pemimpin atau parti menyesuaikan diri dengan trend rakyat terkini, kerana parti atau pemimpin tidak boleh menterbalikkan kecenderungan tersebut, waima dengan “cash is king”.