Penulis yakin sokongan tersebut bukan pernyataan politik, atas sebab ianya diiringi dengan tindakan, membantu kerajaan negeri memajukan dan membangun negeri, apa kah menerusi penyaluran peruntukan atau pun menerusi projek-projek Persekutuan, malah penggalakan pelaburan asing ke dalam negeri yang dirintis menerusi MITI.
Kini, Sabah telah mengikuti Sarawak menerima bayaran 5% cukai jualan petrolieum, sebagai tambahan kepada 5% bayaran tunai (royalti).
Dengan tambahan perolehan daripada Petronas, maka kewangan Sabah bertambah sekurang-kurangnya RM1bilion setahun. Tambahan pendapatan seumpama ini, tidak pernah berlaku sebelum ini. Kudo kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin, kerana selepas 7 PM, baru kali ini, rakyat Sabah mendapat tambahan bayaran daripada hasil minyak dan gas yang disedut daripada perut bumi negeri.
Walaupun Sabah sudah merdeka hampir 58 tahun, hanya pada tahun ke-58, ungkapan sokongan Kerajaan Persekutuan 110% terucapkan.