Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

20 BATANG BALAK DITAHAN KERAJAAN WARISAN ROSAK BERNILAI RM10 JUTA

$
0
0
HANYA kerana mahu memalitkan imej buruk dan mengesahkan dakwaan berkaitan “pembalakan haram” seperti dakwaan pemimpin Warisan, maka sebaik sahaja menubuhkan kerajaan pada 12 Mei, 2018 menerusi sokongan pembelotan 6 ADUN BN, Sabah digemparkan apabila Jabatan Hutan menahan 40,000 batang balak di beberapa lokasi konsensi Yayasan Sabah, dengan dakwaan bahawa balak-balak tersebut adalah hasil pembalakan haram.

Ekoran penahanan itu, Datuk Shafie Apdal (Ketua Menteri kerajaan Warisan) mengumumkan mengaktifkan semula Jawatan Kuasa Khas pemantau pembalakan haram Negeri Sabah.

Apa yang menjadi tanda tanya, sehingga kerajaan Warisan tumbang, TIADA perkembangan berkaitan kedudukan balak yang ditahan/disita, dan akhirnya semalam Datuk Sam Mannan Bekas Ketua Konservator Hutan Sabah mendedahkan, 20,000 batang balak daripada ditahan tersebut reput dengan kerugian kepada Yayasan Sabah, Syarikat konsensi dan Kerajaan negeri bernilai tidak kurang RM10juta.

Wang berjumlah RM10juta cukup lumayan bagi yayasan, khususnya untuk digunakan membantu pelajar Sabah melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

Kerana “Tindakan bodoh” kerajaan Warisan untuk “mencari” bukti salah laku kerajaan lalu, maka sanggup bertindak menghalalkan cara, untuk mendapat sokongan politik, walaupun tindakan tersebut merugikan pihak lain termasuk rakyat.

Sekiranya, kerajaan Warisan masih memerintah, kerugian seperti mana yang didedahkan tidak akan diketahui rakyat, kerana semua yang terlibat berpakat-pakat menyembunyikan perkara tersebut kepada pengetahuan umum.

Menjadi iktibar kepada pemimpin kerajaan, jangan mencontohi tindakan Kerajaan Warisan yang bertujuan mendapatkan sokongan politik tetapi mengorbankan rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808