Perdana Menteri mengakui ketidak stabilan politik dalam negara mempengaruhi minat pelabur datang untuk melabur dalam negara.
Sudah tentu pelabur, bertanya, apa kah jika kami melabur, apa kah polisi kerajaan kekal sama? Atau kah pemimpin yang sama akan kekal untuk satu tempoh masa tertentu. Isu-isu ini lah yang dihadapi kerajaan Perikatan Nasional, kerana sejak membentuk kerajaan pada 1 Mac 2020, sehingga kini, cuban demi cubaan digerakkan untuk menumbangkan kerajaan.
Kerajaan PN yang terdiri daripada sokongan ahli-ahli parlimen yang berpakat membentuk kerajaan, terdiri daripada 2 kelompok, iaitu kelompok yang menyokong kerajaan kerana anggota PN, dan kelompok yang menyokong tetapi bukan anggota PN. Bagi bukan anggota PN, sokongan sehingga pembubaran parlimen, dan semasa PRU nanti saling berlawan.
Tindakan terang-terangan pihak yang menyokong kerajaan, tetapi hanya sehingga parlimen dibubar, menyebabkan pelabur terpaksa tunggu dan lihat, atau sekurang-kurangnya menunggu sehingga keputusan PRU-15, untuk membuat keputusan melabur ke dalam negara.
Memang diakui, pelaburan asing, di antara negara-negara serantu, selepas PRU-14, kedudukan negara adalah tercorot. Penyebabnya, kerana faktor ketidak stabilan politik.
Berkaitan kestabilan politik, tiada siapa yang dapat meneka dengan tepat, apa kah selepas PRU-15 ianya akan wujud, kerana setakat ini, tiada petunjuk jelas, pihak mana yang akan diberi mandat oleh rakyat, apa kah PN, atau kah PH atau kah BN. Persoalan ini, sebenarnya adalah isu yang dihadapi parti-parti yang menyokong kerajaan PN semasa berhadapan dengan PRN-16 Sabah September tahun lalu. Merungkai persoalan tersebut, maka diwujudkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semasa penamaan calon. Betul juga, walaupun GRS terwujud selama 14 hari, akan tetapi rakyat Sabah memberi reaksi positif dan memberi mandat untuk membentuk kerajaan.
Melihat kejayaan GRS, sepatutnya dijadikan contoh di peringkat Persekutuan untuk memastikan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil selepas PRU-15.
Semua pihak perlu akur, negara akan terus kehilangan minat daripada pelabur asing, jika kerajaan yang kuat tidak terwujud.