RAKYAT umum memerlukan tindakan politik khususnya daripada pembangkang untuk tujuan SEMAK DAN IMBANG.
Tindakan politik diperlukan agar mereka yang diberi amanah dan mandat tidak BERTINDAK seperti melepaskan BATUK di tangga.
Kemajuan teknologi, juga membantu semak dan imbang, kerana, setiap rakyat boleh menjadi wartawan segera, boleh jadi juru gambar segera.
Sebelum ketibaan internet, rakyat terpaksa menunggu kejadian semasa dibaca pada esok hari melalui akhbar bercetak, atau menunggu berita RTM pada jam-jam tertentu mendengar berita. Kerana adanya internet, setiap laporan atau berita boleh diperolehi online, bukannya sahaja laporan akan tetapi visual sekali.
Kerana internet juga, pihak penyedia kemudahan asas seperti lembaga Letrik, Jabatan Air, mengupdate tindakan penyelenggaran yang menyebabkan bekalan terputus, supaya pengguna "alert" dan bersedia. Tidak lagi seperti biasa, tiba-tiba elektrik padam, bekalan air putus secara tiba-tiba, tanpa tahu sebab musabab.
Memang berpolitik memanjang, boleh membantut kemajuan dan pembangunan, apa tah lagi melibatkan pilihanraya, kerana pemimpin kerajaan terpaksa berbahagi tumpuan, memikirkan kemajuan dan pembangunan juga memikirkan politik. Pemimpin kerajaan tidak boleh melupakan Politik kerana politik menentukan kerajaan, kerana itu lah amalan demokrasi dalam negara.
Jika pemimpin politik yang menerajui kerajaan melaksanakan amanah dan mandat yang diberikan rakyat, sepatutnya tidak perlu gusar berkaitan berpolitik SEPANJANG masa oleh pihak pembangkang, kerana memang itu lah TUGAS mereka, walaupun kebanyakkan tindakan mereka tidak berpijak di bumi nyata, hanya bersifat provokasi.
Tetapi jangan LUPA, apabila tindakan-tindakan mereka diulang-ulang, dan rakyat menerimanya sebagai BETUL dan BENAR, maka boleh menyebabkan kerajaan ditolak pada pilihanraya.
Sebelum semua itu terlanjur diterima rakyat umum sebagai BETUL dan BENAR, maka pihak kerajaan KENA proaktif, khususnya mereka yang dilantik ke jawatan-jawatan politik bagi membantu pemimpin atau kerajaan. Jangan kerana jawatan, maka bertindak LEBIH SUDU DARIPADA KUAH, malah tindakan yang paling TIDAK membantu, sebahagian besar MEREKA ini TIDAK MESRA ALAM.