Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: TANDING KERUSI SEDIKIT TETAPI MENANG BANYAK

$
0
0
JIKA parti-parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepakat, bahawa pada PRU-15, bertanding sedikit kerusi akan tetapi menang banyak, maka melicinkan pembentukan kerajaan selepas pilihanraya.

Bertanding banyak kerusi tetapi, menang sedikit, bukan sahaja merugikan, akan tetapi menghalang membentuk kerajaan.

Seharusnya para pemimpin parti yang menyokong kerajaan PN, perlu mengetepikan semua isu-isu yang berkaitan keegoan atau dendam, sebaliknya mengorak langkah ke hadapan, dan menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan.

Hakikatnya, semua pihak telah diberi jalan kesepakatan menerusi pembentukan kerajaan Perikatan Nasional. Jalan yang yang dirintis tersebut perlu dipelihara dan diperkukuh.

Jangan lagi membina jalan baharu, entah-entah jalan baharu tersebut bukan sahaja menerusi jurang-jurang yang bahaya, akan tetapi diselimuti dengan ketidak tentuan.

Jika ditilik benar-benar, antara pemimpin parti yang "kelihatan" tidak sebulu, sebenarnya daripada kilang yang sama, daripada DNA yang sama. Kata orang Sabah KITA-KITA JUGA BAH INI.

Hanya kerana "sakit hati" maka, tindakan memaafkan sukar diucapkan. Sedangkan di peringkat rakyat perkara tersebut tidak berlaku, kerana rakyat secara umumnya mahukan IKATAN kuat antara parti-parti yang "digambarkan" oleh pemimpin sebagai "bertelagah" atau "bermusuh".

Mungkin boleh dijadikan sebagai contoh, keputusan PRN-16, bagai mana pengundi mahu kerjasama erat antara parti-parti yang menyokong Kerajaan PN. Dalam PRN Sabah PN, BN dan PBS membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walaupun masing pihak menang sedikit kerusi,akan tetapi secara gabungan menang banyak, sehinggakan boleh membentuk kerajaan negeri, berbanding parti Warisan yang menang terbanyak kerusi daripada segi logo, tetapi tidak mempunyai bilangan kerusi majoriti mudah membentuk kerajaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808