URA-URA kerajaan bakal tumbang sebaik sahaja darurat tamat, kerana tiada sokongan majoriti ahli parlimen (AP) kembali padam, kerana kerajaan mendapatkan semula sokongan yang diperlukan, apabila AP Julau, Tebrau dan Kuala Langat menyokong kerajaan sebagai tindak balas penarikan sokongan tiga AP daripada Umno- AP Gua Musang, Machang dan Padang Rengas.
Dengan sokongan tersebut, kerajaan boleh mengurus vaksinasi 27 juta rakyat dalam tempoh 18 bulan untuk mengwujudkan imuniti kelompok.
Apabila imuniti kelompok dapat dibangun, maka PRU-15 boleh dilaksanakan.
Memandangkan tempoh pengwujudan imuniti kelompok memerlukan masa, maka PRU-15 kemungkinan diadakan selepas tamat penggal parlimen ke-14, iaitu pada tahun 2023.
Dalam tempoh masa itu, adalah mencukupi untuk pemimpin kerajaan memperkuat parti masing-masing, sambil mengatur strategi kemenangan pada PRU-15.
Jika mahu menang, maka semua pihak perlu bertindak cara menang, jangan sebaliknya.
Penulis pelik membaca komen-komen pemimpin politik veteran, yang tidak menggambarkan kematangan politik, malah bersifat kebudak-budakkan, dan sanggup mengeluarkan kenyataan tidak patut, dan menunjukkan ketidak cerdikan.
Ada pemimpin yang menjadi agen kepada penyibaran palsu, khususnya berkaitan kompaun RM10,000 bagi mereka yang melanggar atau tidak mematuhi SOP Covid-19. Sedangkan saman seumpama itu, bukan secara umum, seperti GST, akan tetapi dikenakan pada perorangan yang tidak patuh, mempersenda nyawa orang lain, menyusahkan orang lain.
Pandemik covid-19 sudah menyerang setahun, teguran, sebaran sangat meluas, tidak terhad tempat, malah menyeluruh. Mereka yang kena saman, adalah mereka yang sepatutnya memberi contoh, tetapi kerana degil dan mempersenda peraturan, mereka melanggar SOP atau tidak patuh. Mereka ini lah yang dibela oleh pemimpin tertentu, sambil menyarankan agar saman atau kompaun diturunkan.
Tindakan sesetengah pemimpin ini,ingin menjadi juara rakyat,untuk mendapatkan undi, namun mereka lupa, tindakan seumpama itu, tidak akan diterjemahkan kepada sokongan semasa pilihanraya.
Tindakan mereka itu, mencerminkan keterdesakan, dan mengirakan kerajaan kesuntukan masa memberi penjelasan dan pencerahan.
Memang diakui, kerajaan PN berhadapan serangan daripada semua penjuru,bukan kerana kelemahan pemerintahan atau pentadbiran, tetapi, tindakan oleh mereka yang merebut kuasa, mengada-adakan cerita yang jelek-jelek termasuk agen penyibaran berita palsu.