Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: PENJAJARAN POLITIK BAKAL PENENTU

$
0
0
SIFAT politik itu sendiri dinamik. Demikian juga politik tanah air. Mengambil contoh dinamiknya politik, apabila melihat PRN-16 Sabah. Pada PRN tersebut, siapa sangka penjajaran politik yang diumumkan pada hari penamaan calon, yang kemudiannya dipanggil Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah diberi mandat oleh pengundi Sabah menerajui kerajaan negeri.

Sebelum penamaan calon, memang di kalangan parti pembangkang di kalangan parti yang bertanding pada PRN tersebut ada kesepakatan longgar untuk tidak saling bertembung, manakala ada kawasan-kawasan berlaku free contest,berhadapan dengan Warisan Plus yang diketuai oleh Parti Warisan Sabah.

Jika tiadanya penjajaran politik sebelum pembuangan undi, sudah tentu, selepas PRN tersebut, TYT Sabah akan menawarkan kepada parti yang mempunyai kerusi terbanyak untuk membentuk kerajaan negeri, kerana memang itu lah sebahagian daripada perlembagaan negeri. Kerusi terbanyak tidak semestinya jumlahnya mencapai jumlah majoriti mudah.

Semasa PRN Sabah tersebut, parti Warisan menang 29 kerusi, berbanding PN 17, BN 14, PBS 7, PKR 2 dan UPKO 1 serta Bebas 3. Jika tiadanya GRS (yang dianggotai PN, BN dan PBS), maka Warisan lah yang akan diberi ruang membentuk kerajaan.

Senario politik Sabah, kemungkinan akan berulang pada PRU-15. Untuk sementara waktu, ada tiga kumpulan parti yang mempunyai kekuatan seimbang, iaitu PN, BN dan PH.

Apapun telaah atau anggapan, sokongan pengundi akan terbahagi 3, antara 3 kumpulan gabungan berbagai parti tersebut.

PN dengan Bersatu, Pas, Star, Sapp dan Gerakan, BN dengan Umno, MCA, MIC dan PBRS, manakala PH dengan DAP, PKR dan Amanah. Khusus untuk Sabah, PH dibantu Warisan dan UPKO. Sementara Sarawak dengan GPSnya, untuk sementara masih bersama PN.

Terpulang kepada para pemimpin, apa kah pilihan mereka. Apa yang mereka fikir terbaik untuk negara, bangsa dan agama. Juga, terpulang kepada pengundi, pihak mana yang diyakini boleh membela negara, bangsa dan negara.

Pihak mana yang bakal menerajui kerajaan selepas PRU-15, sangat bergantung kepada pengundi, dan jika sekiranya pemimpin parti dapat sinkronais dengan aspirasi rakyat, maka parti itu lah yang bakal membentuk kerajaan, seperti mana pembentukan GRS semasa hari penamaan calon PRN-16 Sabah.

Semua pemimpin perlu sedar, pengundi pada era sekarang, memilih berasaskan parti, isu-isu semasa, serta pemimpin. Pihak yang dapat mengkombinasikan 3 elemen tersebut, maka akan keluar sebagai pemenang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808