Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: AKAN TERKUBUR KAH WARISAN PLUS?

$
0
0
JIKA rentak pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berterusan, TIDAK mustahil calon-calon Warisan Plus akan terkubur, walaupun boleh menang di kawasan-kawasan tradisi parti-parti dalam gabungan tersebut.

Parti yang bakal menerima penolakan rakyat akan didahului UPKO, PKR dan Warisan. Sementara DAP, masih boleh menang di kawasan tradisi, Parlimen Kota Kinabalu dan Sandakan.

Warisan tidak akan dapat mengulangi pencapaian pada PRU-14, apabila menang 8 kerusi Parlimen, Kota Belud, Sepanggar, Penampang, Papar, Batu Sapi, Lahad Datu (Silam), Semporna dan Kalabakan. Sementara PKR agar sukar mempertahankan parlimen Tawau dan Putatan. Bagi UPKO pula, tidak akan mampu mempertahankan parlimen Tuaran.

Mungkin atas faktor suku, Warisan masih menang di Parlimen Semporna dan Penampang.

Walaupun perkembangan politik Sabah cenderung kepada GRS, para pemimpin gabungan tersebut tidak boleh leka, khususnya yang melibatkan lapisan pertengahan yang dilantik memegang jawatan-jawatan politik, kerana rakyat memperhatikan tindak tanduk mereka secara dekat. Jangan berlaku, kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.

Penulis sudah mengikuti halatuju politik Sabah sekian lama, dan kebanyakan para pemimpin utama GRS juga sedar dan tahu berkaitan politik Sabah yang sangat rentan dengan keadaan atau isu-isu yang meyelubungi rakyat setempat. Politik Sabah, boleh menyebabkan kawasan yang dianggap selamat boleh bertukar semasa pilihanraya.

Pesanan penulis, jangan berulang, kawasan yang boleh menang dan selamat, akan memberi keputusan yang mengecewakan.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibantu keadaan bahawa parti-parti yang bakal dilawan pada PRU-15, ada lah parti-parti yang tiada kemampuan membela rakyat, malah para pemimpin parti tersebut menunjukkan semasa ada kuasa hanya berpaksi kepada kroni dan suku sakat, seolah-olah kerajaan adalah syarikat sendirian berhad.

Dalam pemerintahan yang berasaskan politik khusus untuk Sabah, keseimbangan antara suku bangsa dan latar belakang dan kawasan, sangat membantu memperkuat kerajaan, seperti mana berlaku pada era Barisan Nasional (1994-2018). Era Barisan Nasional, adalah kerajaan julung kali berlaku di Sabah yang mampu bertahan melepasi JINX 2 penggal, malah Ketua Menteri juga bertahan 15 tahun.

Kerajaan GRS, selain memberi laluan kepada "elitis" juga perlu memberi peluang kepada mereka yang berada di pertengahan, kerana mereka ini, merupakan "jentera" yang ampuh di peringkat akar umbi.

Ambil iktibar pada Kerajaan Warisan, walaupun berpeluang selama 26 bulan, akan tetapi para pemimpin kerajaan tidak mengambil peluang menambat hati rakyat, sebaliknya mengambil peluang untuk kepentingan "elitis"politik. Kerana tindakan tersebut, maka rakyat menolak mereka pada PRN-16 Sabah.

Oleh sebab rekod yang ada pada Parti Warisan Plus, kemudian ditambah lagi dengan kecelaruan Kerajaan Pakatan Harapan yang tumbang pada Februari, 2020, maka rakyat Sabah masih segar dengan pengalaman berhadapan dengan PRU-15.

Walaupun di atas kertas, Warisan Plus akan terkubur, akan tetapi "belum" adanya kesepakatan dalam parti-parti utama di peringkat nasional, kemungkinan akan mempunyai pengaruh kepada pengundi Sabah semasa mengundi, maka memberi peluang kepada parti pimpinan Shafie tersebut untuk bernafas sedikit.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808