KERAJAAN hanya flatform bagi pemimpin untuk berkuasa. Apa kah kerajaan tersebut terus disokong rakyat, sangat bergantung bagai mana pemimpin mencoraknya.
Bagi Sabah, pemimpin yang mampu menyediakan kepada rakyat kemudahan asas, peluang-peluang pekerjaan, atau bantuan-bantuan apa kah berbentuk one-off atau berkala, biasanya pemimpin itu bukan sahaja diterima rakyat akan tetapi terus disokong.
Sebenarnya, kerajaan Sabah semasa era Barisan Nasional,merupakan kerajaan yang disukai dan disokong rakyat, akan tetapi, harapan palsu yang dicanangkan oleh pemimpin pembangkang, semasa PRU-14, selain isu-isu yang menyelebungi pemimpin utama BN, maka rakyat terpengaruh sehinggakan banyak kerusi ditawan oleh pembangkang, malah kawasan kaum cina 100% menolak calon-calon barisan nasional.
Rakyat Sabah tersentak, apabila harapan yang ditabur oleh pembangkang, kemudiannya menjadi kerajaan, terbukti hanya harapan palsu, sedangkan rakyat masa itu, sudah menuangkan air di tempayan, kerana menyangka guruh di langit membawa hujan lebat.
Dahsyatnya pinangan kerajaan selepas PRU-14, sehinggakan Kerajaan Bn Plus Sabah kurang 48 jam tumbang, kerana tindakan 6 ADUN Bn berpaling tadah.
26 bulan kerajaan yang disokong 6 ADUN tersebut, kemudiannya disokong oleh para ADUN “bersatu” sehingga 29 Februari, 2020, hanya bertahan sehingga 30 Julai, 2020.
Kerana rakyat merasakan, bahawa kerajaan yang dibentuk bukan kerana mandat rakyat, maka pada PRN-16, rakyat membuktikan kepada pemimpin parti tersebut, bahawa mereka bukan lah pilihan rakyat. Kesilapan besar kerajaan Warisan sehingga mencatit sejarah tersingkat menerajui Sabah sejak merdeka, kerana para pemimpin mereka tidak mengutamakan keperluan rakyat, sebaliknya, asyik mengumpul kekayaan, dengan memberi kontrak-kontrak kerajaan kepada para kroni, memberi jawatan-jawatan penting pada kawan-kawan dan sahabat andai, selain keluarga terdekat.
Pemimpin Warisan mengagih-agihkan tanah-tanah kerajaan kepada para penyokong, sedangkan rakyat lain melopong.
Melihat bukan sahaja kelemahan kerajaan Warisan, akan tetapi sepatutnya tidak dilakukan oleh sebuah kerajaan, kerajaan GRS pimpinan Datuk Hajiji Haji Noor, tidak mahu melepaskan pembangunan dan kemajuan, khsusunya kemudahan awam, seperti sekolah, balai bomba, balai polis, jalan-jalan raya, hospital/klinik kesihatan yang dibiayai Kerajaan Persekutuan, untuk segera bermula, dengan menyediakan tapak-tapak untuk projek-projek tersebut.
Projek-projek seumpama ini, bukan sahaja dapat meningkat aktiviti ekonomi daripada segi pembinaan, akan tetapi membuka peluang-peluang pekerjaan. Ada lah jelas jika sekolah dibina, maka perlu tenaga pengajar, apabila hospital/klinik dibina perlu tenaga perubatan, demikian juga balai-balai bomba atau balai polis, atau pejabat-pejabat persekutuan, tentunya memerlukan para pekerja.
Kerajaan GRS tahu betul, dalam keadaan pasca pandemik covid-19, kerajaan perlu menjadi mentor dalam penyediaan lapangan kerja, peneraju aktiviti ekonomi.
Seharusnya, pembangkang kena faham, dan perlu menyokong tindakan-tindakan kerajaan, kerana semua itu semata-mata untuk kepentingan rakyat dan negeri.