Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

GERAN TANAH UNTUK AGENSI PERSEKUTUAN-UNTUK MANAFAAT RAKYAT

$
0
0
KERAJAAN Sabah menyerahkan 177 geran tanah membabitkan keluasan 1,933.09 hektar (4,833 ekar) kepada agensi Persekutuan, untuk tujuan pembinaan sekolah-sekolah, balai polis, balai bomba, pejabat pengangkutan selain pejabat-pejabat berbagai agensi persekutuan di Sabah.

Geran yang diberikan bukanlah percuma, kerana cukai dan sewa premium telah dibayar oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Perolehan seperti ini, memang sebahagian daripada bajet tahunan Kerajaan Negeri di bawah tajuk Terimaan Persekutuan.

Selain kerajaan negeri mendapat bayaran tunai, juga mendapat manafaat daripada projek yang dibina di atas tanah tersebut.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor bertindak proaktif untuk tujuan pembangunan untuk manafaat rakyat.

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mahu berlaku kelambatan sebarang projek Persekutuan di Sabah, kerana isu-isu berkaitan tapak.

Jika ada sesiapa yang cuba memutar belitkan, tujuan penyerahan geran kepada Persekutuan, sebenarnya mereka itu, tidak tahu cara memerintah. Mereka itu, hanya mementingkan kehendak sendiri, seperti mana yang dilakukan oleh Mantan Ketua Menteri era Warisan yang menguar-uarkan memberikan geran tanah kepada para individu, yang hanya memberi manafaat kepada penerima itu sahaja, bukannya rakyat secara umum.

Projek-projek persekutuan yang bakal dibina di atas 177 geran tersebut adalah 90 sekolah, 42 hospital/klinik kesihatan; 28 untuk jabatan pengakutan seperti bomba, dan 17 agensi-agensi persekutuan lain. Dan kita semua tahu, projek-projek seumpama ini, hanya semata-mata untuk kemudahan rakyat Sabah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808