Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HUBUNGAN DENGAN BERSATU-UMNO BERTEKA TEKI

$
0
0
JULUNGKALI berlaku, hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak dihebahkan. Pada Jumaat, MKT telah mengadakan mesyuarat khas di Janda Baik, Pahang.

Tiada siapa yang tahu agenda masyuarat khas tersebut, kecuali ahli MKT.

Penulis cuba, mendapatkan klu mengenai agenda mesyuarat tersebut, juga tidak berhasil, walaupun banyak tersiarkan, ada yang mendakwa bahawa mesyuarat tersebut untuk memutuskan rumusan hasil mesyuarat bahagian-bahagian Umno, yang biasanya di bawa ke PAU untuk keputusan.

PAU yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari lalu ditangguhkan ekoran proklamasi darurat kesihatan kerana pandemik covid-19.

Kalau melihat keputusan bahagian-bahagian parti, maka isunya adalah- DESAKAN UNTUK TIDAK BEKERJASAMA DENGAN BERSATU PADA PRU-15.

Pertimbangan parti, adalah berkaitan AGIHAN KERUSI, kerana berlakunya pertindihan kawasan antara dua parti tersebut, lagi pun merebut pengundi daripada KOLAM yang sama.

Duri dalam daging antara Umno dan Bersatu adalah kawasan pilihan raya, khususnya kerusi-kerusi yang pada asalnya dimenangi UMNO tapi kini menjadi milik Bersatu kerana wakil rakyat UMNO dulu telah melompat parti menyertai Bersatu.

Sebagai contoh, sekadar menyebut beberapa kerusi misalnya Beluran (Sabah), Larut (Perak), Mersing (Johor), Tasek Gelugur (Pulau Pinang) dan Hulu Terengganu (Terengganu).

Teka teki hubungan Umno dan Bersatu, hanya berlaku di Semenanjung, kerana Umno Sabah terus bersama Bersatu Sabah untuk memperkukuh dan memperkuat Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808