Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: PARLIMEN KOTA BELUD DAN SEPANGGAR MILIK SIAPA?

$
0
0


PRU-15 diambang pintu. Parti-parti politik khasnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah tentu sudah bersedia, kerana bahang PRN-16 Sabah masih terasa. Dalam kesiapsiagaan tersebut, sudah tentu, parti-parti sudah mengenal pasti kelemahan-kelemahan pada PRN-16 Sabah.

Berpandukan kepada keputusan PRN-16 Sabah, pada kali ini, penulis cuba melihat dua kawasan parlimen, yang merupakan wilayah dan tradisi Umno Sabah, namun dirampas oleh parti Warisan pada PRU-14.

Melihat kepada data keputusan PRN-16 Sabah, parlimen Kota Belud, bakal kembali ke pangkuan Umno atau GRS, atas sebab gabungan tersebut mendapat undi popular sebanyak 22833 berbanding Warisan plus 14473. Untuk memastikan kawasan parlimen ini tidak terlepas lagi, GRS atau Umno khususnya perlu meletakkan calon yang winnable candidate. 

Untuk parlimen Sepanggar, dakian GRS amat mencabar, memandangkan pengundi di kawasan tersebut khususnya bagi Dun Inanam masih berpihak kepada Warisan Plus, manakala di dua Dun Karambunai dan Darau, kekuatan adalah seimbang. Akan tetapi, semuanya boleh berubah, memandangkan kerajaan negeri adalah kerajaan kekal semasa PRU-15 diadakan, kerana tidak melibatkan pembubaran DUN. Jika GRS dapat mencalonkan calon yang berwibawa dan winnable candidate, rasa pedih pada PRU-14 dapat diubati.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808