Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: PARLIMEN KIMANIS DAN PUTATAN MILIK SIAPA?

$
0
0



DATA yang digunakan adalah keputusan PRN-16 Sabah pada 26 September, 2020. Keputusan juga berasaskan penjajaran politik baharu, apabila tertubuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada PRN-16, dua Dun di Parlimen Kimanis masing-masing ditandingi PN bagi Dun Membakut dan BN bagi Dun Bongawan. Nasib tidak berpihak kepada BN, apabila gagal merebut semula Dun Bongawan, sementara Dun Membakut, kekal dipertahankan oleh calon yang sama walaupun berbeza parti. Meskipun antara Warisan Plus dan GRS masing-masing menang satu kerusi, akan tetapi jika dilihat daripada segi undi popular, GRS masih popular, kerana mendapat undi 9911 berbanding Warisan Plus 8342. Jika dilihat daripada undi popular antara PN dan BN, PN mewakili 64.2% sokongan berbanding BN 35.8%.

Untuk Parlimen Putatan, nampaknya kekuatan antara BN dan PN hampir seimbang, ertinya, parti manapun dipilih mewakili GRS, mempunyai peluang yang seimbang. Oleh kerana kawasan parlimen tersebut masih berpihak kepada Warisan Plus pada PRN-16 Sabah, maka jika GRS dapat memilih calon yang berwibawa dan winnable candidate, ada kemungkinan utntuk melakukan "upset".


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808