TIDAK dinafikan Parlimen Beaufort dan Parlimen Sipitang adalah wailyah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Sebabnya, pada PRN-16 walaupun DUN Sindumin dimenangi Warisan plus, akan tetapi secara keseluruhan undi popular menyebelahi GRS. Undi popular mencerminkan undi di peringkat parlimen.
Untuk parlimen Beaufort, walaupun kerusi tersebut merupakan kerusi tradsi Umno, termasuk dimenangi parti tersebut pada PRU-14, akan tetapi pada PRN-16, semua DUN ditandingi PN, dan dua-duanya dimenangi, dengan undi popular 12967 undi, manakala di Parlimen Sipitang undi popular GRS adalah 11,927 berbanding Warisan Plus 8,274.
Bagi dua parlimen tersebut, parti manapun dalam GRS, akan menang mudah pada PRU-15. Persoalannya, adalah parti mana yang bakal bertanding? atas sebab Umno awal-awal lagi menyatakan akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi pada PRU-14.
Penulis yakin, para pemimpin GRS akan membuat pertimbangan sesuai dengan senario politik semasa, dan menjadikan keputusan PRN-16 sebagai panduan dalam memilih parti-parti yang bakal bertanding, waima di kawasan-kawasan tradisi masing-masing.