Mari kita lihat keputusan PRN16 Sabah bagi Parlimen Kudat dan Papar. Untuk parlimen Kudat, dua Dun dimenangi Warisan, satu Bn dan satu bebas pro PN. Untuk Parlimen Papar, masing-masing dimenangi PN, BN dan Warisan.
Bagi parlimen Kudat, walaupun jumlah kerusi Dun seimbang antara Warisan dan GRS, tetapi undi popular menyebelahi GRS, ertinya jika di peringkat parlimen, GRS menang.
Manakala di Parlimen Papar, atas sebab GRS menang dua kerusi, maka Parlimen juga dimenangi GRS.
Maksud catitan pada kali ini, bukan lah berkaitan dengan perlawanan antara Warisan dan GRS, akan tetapi, di pihak GRS, parti mana yang akan dicalonkan pada PRU-15. Penulis suka membangkitkan isu calon, kerana sebelum ini Pengerusi Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin, yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sabah, mengumumkan bahawa Umno akan bertanding sekurang-kurangnya 14 kerusi parlimen daripada 25, sesuai dengan jumlah yang ditandingi pada PRU-14 lalu. Jika demikian maksudnya kenyataan tersebut, maka termasuk lah Parlimen Kudat dan Papar. Pada PRU-14, Parlimen Kudat dimenangi calon Umno Datuk Rahim Bakri, akan tetapi kini beliau bersama Bersatu. Bagi parlimen Papar pula, calon Umno tewas pada PRU tersebut.
Sebagai panduan bagi pemimpin GRS memilih, parti mana yang bertanding pada dua kawasan parlimen tersebut, perlu melihat kecenderungan pengundi bagi dua parlimen. Bagi parlimen Kudat, 54.6% cenderung kepada PN, manakala 39.5% kepada BN. Untuk parlimen Papar pula, 49.9% cenderung kepada PN dan 32.9% kepada BN.
Jika GRS, memastikan kemenangan di dua kawasan parlimen tersebut, maka kemungkinan besar akan memilih parti yang mempunyai kecenderungan tinggi diterima pengundi.