Dua parti tersebut, perlu bergerak ke hadapan, sesuai dengan senario dan aspirasi rakyat semasa.
Isu yang menghalang kerjasama dua parti tersebut, berlegar-legar pada agihan kerusi.
Isu agihan kerusi dimomokkan lagi dengan KATA DUA daripada Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang juga Menteri Besar- Datuk Saarani Mohamad, supaya Bersatu jangan menganggu kawasan yang dimenangi parti tersebut pada PRU-14. Kata dua tersebut, mengarahkan kepada Setiausaha Agung Bersatu- Datuk Hamzah Zainudin yang merupakan AP Parlimen Larut, yang mana kerusi tersebut dimenangi beliau pada PRU-14 atas tikit Bn/Umno.
Isu antara Umno dan Bersatu, berlegar-legar pada wakil rakyat Umno yang melompat ke Bersatu selepas PRU-14.
Sesuai dengan perubahan politik tanah air, Umno Semenanjung perlu mengambil iktibar kepada kerjasama antara Umno dan Bersatu. Kerjasama tersebut, dilihat sebagai aspirasi rakyat masa kini.
Antara Umno dan Bersatu, sepatutnya mengambil jalan BERPISAH TIADA untuk memastikan kemenangan pada PRU-15.