Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

LEBIH 600,000 RAKYAT SABAH MISKIN

$
0
0
SABAH mencatit 19.5% kadar kemiskinan pada tahun 2019, lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dengan peratusan baru tersebut, maka 624,000 rakyat daripada 3.2juta adalah miskin.

Mengukur kejayaan sesebuah kerajaan, apabila kadar kemiskinan kalaupun tidak dapat dibasmi, akan tetapi dapat dikurangkan.

Penulis suka mendengar apabila kerajaan hari ini, dapat menggariskan halatuju atau pendekatan mengurangkan atau membasmi kemiskinan.

Mereka yang miskin, tidak terhad di daerah-daerah yang telah dikenalpasti, seperti Pitas, Kota Marudu atau Tongod, tetapi juga miskin bandar atau spra bandar.

Kerajaan hari ini, baik Persekutuan mahupun negeri telah bertindak membantu rakyat yang terjejas termasuk lah yang miskin kerana pandemik covid-19 dengan menyalurkan pindaan tunai mahupun bakul makanan.

Akan tetapi semua bantuan tersebut hanya menghalang kelaparan, dan bukan cara untuk mengatasi kemiskinan. Tindakan semacam ini, sama dengan orang kaya berada di negara sedang berperang. Walaupun kaya, tetapi tidak dapat membeli makanan, kerana bekalan makanan bukan sahaja kurang akan tetapi dicatu.

Pengurangan kemiskinan, hanya satu cara, iaitu KERAJAAN perlu menyediakan atau membuka ruang peluang-peluang pekerjaan. Peluang-peluang tersebut terwujud menerusi berbagai tindakan mempertingkat aktiviti ekonomi, seperti pengwujudan kilang-kilang atau industri baharu. Mempelbagai perkhidmatan yang memerlukan tenaga buruh atau aktiviti-aktiviti sewaktu dengannya.

Apabila mendengar, kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan Empangan “Kaiduan”, Pembanguan TAED, mengorek sungai-sungai penyebab banjir, setidak-tidaknya aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau kontraktor, akan tetapi membuka peluang-peluang pekerajaan.

Yakin lah, membasmi kemiskinan, hanya satu cara, iaitu, rakyat yang tergolong miskin tersebut mendapat pendapatan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808