JIKA 10 tahun lalu, mereka yang memilih mencera/memfitnah/mencarut di halaman media sosial terdiri daripada akaun-akaun palsu, malah ada yang menyebutnya kumpulan Red Bean Army (RBA), kini sudah berubah, kerana mereka yang menggunapakai pendekatan tersebut adalah para individu yang nyata atau jelas sebagai individu.
Contoh paling jelas, apabila seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMT) Umno- Datuk Puad Zarkashi memfitnah Perdana Menteri, kononnya tempoh masa 3 hari bagi menteri yang baru pulang daripada luar negara diperkenalkan, kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan dikurantin.
Tujuan mengatakan PM enggan dikurantin, supaya rakyat marah, kerana berlakunya dwistandard, antara orang biasa dan menteri.
Jika Puad sanggup memfitnah, Datuk Seri Najib Razak pula, cuba mempengaruhi rakyat supaya marah dengan keputusan tersebut, dengan menyenaraikan sebab-sebab jangkitan yang menyebabkan gelombang ke-3 atau kluster-kluster, disebabkan oleh tempoh masa kurantin yang tidak mencukupi.
Bukan itu sahaja, mantan Perdana Menteri itu mengangkat keputusan negeri Sarawak untuk tidak mematuhi keputusan Kerajaan Persekutuan berkaitan tempoh kurantin.
Contoh lain, apabila Ketua Pemuda Umno Malaysia- Dr Asyraf Wajdi Dusuki membuat hantaran di laman facebook (walaupun dipadam kemudian) dengan memaparkan kerja-kerja mencetak poster Perikatan Nasional (PN) sebagai persiapan PRU-15 di masa darurat. Maksud paparan tersebut, proklamasi darurat, bukan untuk melawan pandemik covid-19 sebaliknya persiapan PN dan sekutunya berhadapan dengan pilihanraya. Sedangkan dengan jelas, kegiatan mencetak poster PN tersebut adalah semasa PRN-16 Sabah September, 2020.
Nampak sangat sudah, memfitnah/trolling di media sosial, sudah tidak memilih lapisan masyarakat. Apa makna semua ini? Ini lah keadaan penyakit sosial yang menjurus kepada penyakit mental!!!.