Kalau membaca facebook Datuk Seri Najib Razak, nampak dengan jelas bagai mana mantan Perdana Menteri tersebut mengeritik secara sinis/memperolok apa kah berkaitan tindakan kerajaan atau prilaku menteri atau pemimpin yang mempunyai jawatan dalam kerajaan.
Semenjak darurat, AP kluster mahkamah, saling menyokong antara satu sama lain dalam menyusun arus mempersoalkan/membidas/mengeritik sebarang tindakan kerajaan.
Terkini, Najib mengeritik keputusan kerajaan berkaitan menteri yang pulang daripada luar negara yang hanya diperlukan kurantin kendiri selama 3 hari berbanding 10 hari. Kritikan beliau untuk membangkitkan kemarahan rakyat, kerana kerajaan mengamalkan dwistandard. Kritikan itu juga membawa maksud, bahawa status menteri adalah sama dengan rakyat awam, daripada segi peranan dan tugasan. Kritikan tersebut bersandarkan kepada sifat jangkitan virus corona yang tidak mengenal latar belakang atau kedudukan.
Memang tidak dinafikan virus corona tidak mengenal latar belakang, akan tetapi jika berkaitan menteri, mereka itu mempunyai tanggungjawab berat, dan status mereka tidak boleh disamakan dengan status orang awam.
Memang diakui ada menteri-menteri atau wakil rakyat yang dijangkiti virus corona, tetapi tidak bertukar kepada kluster.
Ternampak dengan jelas, bahawa suara kluster mahkamah lebih nyaring membidas kerajaan berbanding pembangkang.
Penulis melihat, semakin lama kerajaan membiarkan keadaan ini, semakin negatif kepada kerajaan.