Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

APA KAH KESUDAHAN HUBUNGAN UMNO-BERSATU?

$
0
0
JANGAN kerana emosi dan kepentingan peribadi, Perikatan Nasional (PN) yang dibina pada 1 Mac, 2020, rebah sebelum sempat berlari.

Terselak, bahawa hubungan Umno-bersatu, bukan isu antara parti, tetapi antara pemimpin.

Pada khamis lalu, Datuk Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno dan AP Bagan Datuk, Perak dalam satu wawancara dipetik sebagai berkata bahawa beliau hanya diberi peruntukan RM100,000 bagi tahun 2021, berbanding AP kerajaan RM3.7juta. Menerut Presiden Umno tersebut, selain beliau AP Pekan, Pontian, Padang Rengas dan Machang juga menerima seperti mana beliau terima.

Menerusi Bajet Persekutuan Tahun 2021, AP pembangkang diberikan peruntukan RM100,000 setahun.

Lima AP Umno yang disebutkan di atas, adalah sebahagian daripada enam AP yang TIDAK LAGI menyokong kerajaan PN (3 AP telah menyatakan secara langsung) manakala 3 lagi secara tersirat.

Hakikatnya antara Bersatu dan Umno adalah parti yang berlawan. Umno kehilangan kuasa kerana pakatan Bersatu dengan PKR, DAP dan Amanah pada PRU-14 menerusi Pakatan harapan (PH).

Jika pada September, 2019 terlaksananya piagam Muafakat Nasional (MN) antara Pas dan Umno, atas sebab dua parti tersebut adalah parti-parti musuh kepada PH.

Manakala hubungan Umno-Bersatu, terjalin pada 29 Februari, 2020, ekoran runtuhnya Kerajaan PH pada 24 Februari, 2020.

Hubungan Umno-Bersatu, bukan hubungan antara parti, melainkan persetujuan AP Umno menyokong pembentukan kerajaan baharu sehingga PRU-15.

Walaupun AP Umno telah meletakkan syarat, menyokong sehingga PRU-15, tetapi, AP yang termasuk dalam kluster mahkamah secara tidak langsung bertindak meruntuhkan kerajaan separuh jalan. Hanya kerana pandemik covid-19, menjadi penyelamat kerajaan yang dibina pada 1 Mac, 2020, jika tidak kemungkinan besar kerajaan baharu sudah dibentuk pada masa ini.

Ada lah dimengerti, AP Umno dalam kluster mahkamah, mereka perlu menggunakan berbagai cara untuk melepaskan diri daripada cengkaman undang-undang. Hanya kuasa ditangan sahaja boleh membebaskan mereka, seperti mana berlaku pada Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan isu rasuah, tetapi apabila ada kuasa, bukan sahaja pertuduhan ditarik balik akan tetapi dilepaskan.

Kita semua dapati, AP dalam kluster mahkamah dua telah didapati bersalah, manakala yang lain masih dalam perbicaraan.

Harapan membebaskan menerusi tindakan Peguam Negara dalam kerajaan sekarang, adalah amat tipis, kerana Perdana Menteri berulang kali menyatakan termasuk dalam masa darurat, bahawa proses mahkamah akan terus berjalan, tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

Memang diakui kerajaan menerima tantangan daripada para penyokong kluster mahkamah, kerana kluster ini telah berjaya memutar tindakan kerajaan seperti pengeluaran KWSP dan moratorium.

Penulis ingat betul, pada awal membenarkan pengeluaran sebahagian KWSP, ramai betul yang membantah, namun kecekapan pemimpin dalam kluster mahkamah mempergunakannya sehingga bertukar kepada senjata makan tuan kepada Perdana Menteri, seolah-olah pengeluaran KWSP dan moratorium adalah HAK rakyat.

Keputusan kerajaan berkaitan pengeluaran KWSP dan Moratorium, sudahpun menjadi senjata makan tuan, sebagai impak kepada ramuan halus daripada kluster mahkamah dan penyokongnya, yang berjaya menukar matlamat tindakan kerajaan untuk membantu meringankan beban kewangan kepada mereka yang terjejas akibat PKP kerana Pandemik Covid-19.

Terbukti, sebagai impak kepada kejayaan ramuan kluster mahkamah, maka Perdana Menteri tiba-tiba mendapat serangan di media sosial, termasuk di laman facebook Presiden indonesia dan Istana Negara.

Serangan kepada Perdana Menteri, ada lah petanda semakin melebarnya jurang kesepakatan antara Bersatu dan Umno, kerana didapati mereka yang menyerang Perdana Menteri dan Kerajaan ada lah kumpulan pemimpin Umno dalam kluster mahkamah, dan perlu diterima hakikat, Presiden Umno adalah sebahagian daripada kem kluster mahkamah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808