SEHARUSNYA semua wakil rakyat PH, jangan mengenang lagi kerajaan Pakatan Harapan yang dibentuk selepas PRU-14., kerana kerajaan tersebut bukan sahaja telah berlalu, akan tetapi sudah menjadi abu. Pilihan bagi pakatan tersebut adalah menerusi PRU-15, untuk mencuba sekali lagi apa kah mendapatkan semula mandat daripada rakyat.
Pada 5 Februari, Majlis Setiausaha Agung PH, mendesak, agar mandat yang diberikan pada pakatan tersebut dikembalikan, dan menolak PRU-15 diadakan sebelum tamat penggal, iaitu tahun 2023.
Tidak masuk akal, bagai mana sebuah kerajaan yang telah menjadi abu dikembalikan.
PH perlu menerima, bahawa kerajaan sekarang ini, ibarat rumah sementara yang perlu dibina, untuk rakyat berteduh.
Kerajaan yang dibina ini, tahu, untuk mendapatkan rumah kekal, hanya menerusi PRU-15. Untuk mencapai matlamat tersebut, maka sebaik sahaja pandemik covi-19 reda, seperti mana janji Perdana Menteri, bahawa beliau akan menasihatkan SPBA untuk membubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada PRU-15.
Kerana prasyarat pembubaran parlimen adalah pandemik covid-19, maka seharusnya semua pihak termasuk wakil rakyat PH membantu kerajaan, supaya covid-19 cepat reda, menerusi pemutusan rantai jangkitan termasuk disokong dengan imunisasi vaksin yang akan bermula hujung bulan ini.
Mungkin PH, sudah mencium bahawa pakatan tersebut tidak bakal mendapat mandat rakyat sekali lagi, maka mereka mencuba sedaya upaya menganggu kelancaran melawan covid-19. Tindakan mereka tersebut, termasuk mempertikai proklamasi darurat, dengan mengutus warkah kepada SPBA dan juga menggunakan mahkamah mempersoalkan kuasa Perdana Menteri menasihat SPBA berhubungan dengan proklamasi darurat.
Dalam keadaan sekarang, apapun tindakan pakatan tersebut untuk menumbangkan kerajaan, tidak akan mempunyai sebarang kesan. Kerajaan yang ada akan kekal sehingga darurat tamat, dan selepas itu menjadi menjadi kerajaan sementara, sebelum PRU-15 diadakan.