Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

DI SEBALIK PENOLAKKAN PH PRU-15 SELEPAS COVID-19 REDA

$
0
0
PADA 4 Februari, sekali lagi Perdana Menteri mengulangi, PRU-15 akan diadakan apabila covid-19 reda.

Pandemik Covid-19 dijangka mereda selepas 1 Ogos.

Ekoran kenyataan Perdana Menteri tersebut, jika pembubaran pada Ogos, maka PRU-15 diadakan pada bulan Oktober. Bulan Oktober, kebetulan cuti pertengahan penggal sekolah-sekolah.

Namun, idea PRU-15 lebih awal ditolak Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan Majlis Setiausaha PH pada 5 Februari mempertikaikan kenyataan tersebut, sebaliknya majlis tersebut berpendirian bahawa kerajaan perlu dikembalikan kepada pakatan tersebut, sesuai dengan mandat rakyat pada PRU-14.

Apa kah maksud kenyataan Majlis Setiausaha PH tersebut? Apa kah memang belum bersedia berhadapan dengan rakyat? Atau kah satu helah psikologi?

Kalau dilihat pada senario politik sekarang, jika kesepakatan antara Umno-Bersatu-Pas kekal utuh, maka diakui, bahawa PH tiada peluang menang, jika PRU-15 diadakan segera. Dan boleh juga berlaku, kerana PH dianggap tidak bersedia, maka Umno akan bertindak berpecah dengan Bersatu dan Pas untuk bergerak solo sesuai dengan keinginan sebahagian pemimpin parti tersebut, menerusi Barisan Nasional, kerana berpandangan, boleh menang pilihan raya.

Dalam Umno ada tiga kem-kem kluster mahkamah, kem kluster kabinet dan kem kluster bukan wakil rakyat.

Kluster mahkamah dan kluster bukan wakil rakyat mahu Umno bergerak solo, manakala kluster kabinet mahu bersama Bersatu, sesuai dengan aspirasi rakyat secara umum (Aspirasi tersebut telah dibuktikan menerusi PRN-16 Sabah pada 26 September,2020).

Bagi pandangan penulis, perkara yang tersembunyi dalam kenyataan Majlis Setiausaha PH tersebut, adalah pendorong, supaya Umno berpisah dengan Bersatu, atas keyakinan sokongan rakyat terhadap parti tersebut telah pulih seperti sediakala, seperti mana gambaran ketidaksediaan PH berhadapan dengan PRU-15.

Pendapat penulis ini, selari dengan pandangan-pandangan para pemimpin Umno dalam kluster bukan wakil rakyat, kerana mereka ini, amat memperlekehkan pandangan salah seorang kluster kabinet, terutama Tan Sri Annuar Musa, yang amat menginginkan muafakat ummah yang perlu dizahirkan menerusi Umno-Bersatu-Pas.

Kerana PH melihat, bahawa pandangan-pandangan kluster bukan wakil rakyat dalam Umno lebih nyaring, maka mereka bermain psikologi, seolah-olah PH tidak bersedia menghadapi PRU-15. Tujuan PH, tidak lain dan tidak bukan, agar Umno berpecah dengan Bersatu, dan menginginkan pertembungan antara dua parti tersebut.

PH yakin atau teramat yakin, jika berlaku pertembungan antara Bersatu dan Umno, maka senario PRU-14 akan berulang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808