Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MASA-MASA MENYEKSAKAN BAGI SEORANG DITUDUH RASUAH

$
0
0
SUDAH normal bagi perasuah berproflie tinggi untuk memohon dibicarakan. Sebabnya, mereka mempunyai sumber dan ruang untuk mohon dibicarakan. Selagi ada ruang dan peluang dibicarakan, mereka tidak akan melepaskan peluang tersebut.

Jarang sangat atau hampir tiada mereka yang berprofile tinggi mengaku bersalah, walaupun, tuduhan-tuduhan berfakta dan sukar ditepis.

Mereka yang disiasat kerana rasuah, masa-masa menyekasakan adalah bila kah didakwa di mahkamah? kemudian apabila didakwa, akan bila kah mula dibicara?  Kerana masa yang panjang diperlukan oleh mahkamah memulakan perbicaraan, maka masa-masa itu adalah masa-masa menyeksakan bagi yang kena tuduh.

Di negara kita, banyak bentuk pertuduhan rasuah, samada rasuah yang berfakta, dan juga rasuah hanya rekaan. Sebab itu, kita dapati ada disabit kesalahan, ada yang dibebaskan.

Keadilan sejagad yang perlu digunapakai dan perlu diyakini, selagi yang kena tuduh belum dijatuhi hukuman oleh mahkamah, maka yang kena tuduh tersebut belum bersalah.

Bagi bekas Pengerusi Mara Inc Sdn Bhd- Mohammad Lan Allani, yang disiasat sebaik The Age Australia pada 2015 melaporkan seorang pegawai tertinggi MARA, seorang pegawai kanan, dan seorang bekas ahli politik, didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah. 

Menurut akhbar itu sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Selepas 5 tahun disiasat, akhirnya Datuk Moammad Lan Allani, sekutu rapat bekas Menteri KKLW dan Ketua Menteri Sabah- Datuk Shafie Apdal didakwa di Mahkamah pada Jumaat, 5 Februari, 2021 dengan 22 pertuduhan membabitkan RM20.45juta. Daripada 22 pertuduhan tersebut 17 tuduhan menerima rasuah, 3 tuduhan cuba meminta rasuah dan 2 tuduhan pengubahan wang haram dan keganasan. Tuduhan terhadap tertuduh adalah meluluskan kertas cadangan “Proposed Acquisition of a Student Accommodation Building and a Commercial Retail Block known as Dudley International House, 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Victoria 3145, Melbourne, Australia” antara 2012 dan 2013.

Satu fakta yang jelas, semasa rasuah ini berlaku, Shafie merupakan Menteri KKLW. Mara ada lah agensi di bawah kementerian tersebut. Mara Inc Sdn Bhd anak syarikat MARA. Pada masa kejadian Pengerusi MARA adalah Datuk Yusof Yakub, rakan Shafie yang kini salah seorang pemimpin utama Parti Warisan Sabah yang diketuai Shafie.

Mahkamah menetapkan 8 April sebagai tarikh sebutan semula kes, dan membenarkan ikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin, iaitu anak Lan sendiri. Pasportnya diserahkan kepada mahkamah, sehingga kes selesai.

Lan diwakili oleh Peguam Hisyam Teh Poh Teik, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Ahmad Akram Gharib.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808