KEMELUT politik Perak, dijadikan oleh Parti DAP, menyokong Kerajaan berasaskan Perjanjian Keyakinan dan Penawaran (CSA) yang diamalkan dalam dunia demokrasi-sistem westminster.
Parti itu berpendirian, menyokong kerajaan atau parti yang memerintah, di mana yang perlu disokong untuk kepentingan rakyat.
Pendekatan parti pimpinan Lim Guan Eng tersebut, semacam melepaskan diri daripada parti-parti atau pemimpin yang hanya tahu membangkang, walaupun tindakan sesebuah kerajaan itu demi kepentingan rakyat dan negara.
Di Sabah ahli parlimen DAP, Kota Kinabalu- Chan Foong Hin, memberi pujian kepada Ketua Menteri Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor, kerana bukan sahaja telah membuktikan kenyataan Ketua Menteri tersebut selepas dilantik ke jawatan tersebut bahawa beliau merupakan ketua menteri untuk semua rakyat Sabah, tanpa melihat latar belakang politik atau agama, tetapi juga telah mengotakan janji.
Menurut MP DAP tersebut, tindakan yang baik demi rakyat, perlu dipuji dan dihargai.
Di Sabah, memang janggal, pembangkang memuji kerajaan atau pemimpin kerajaan, walaupun tindakan kerajaan atau pemimpin tersebut demi kebaikan rakyat.
Walaupun pujian daripada MP DAP tersebut, nampak halus, tetapi diselitkan dengan unsur merenggangkan hubungan antara para pemimpin atau parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kerana mengambil contoh, tindakan Menteri Besar Kedah, yang tidak mengistiharkan Perayaan Thaipusim sebagai cuti umum, walaupun telah dijelaskan, samada diistiharkan cuti atau tidak, tiada perbezaan, kerana negara dalam tempoh PKP dan Darurat.
Kerajaan atau pemimpin kerajaan, jangan cepat terbuai dengan pujian, sehinggakan alfa, memberi pembelaan kepada penyokong yang telah menaikkan mereka menjadi pemimpin dan kerajaan.
Penulis terlalu masak dengan latar belakang politik Sabah. Kerajaan Berjaya yang kelihatan begitu kuat suatu masa lalu, kerana alfa kepada mereka yang menyokong, sebaliknya bertindak kera di hutan disusukan, anak dipangkuan dibiarkan kelaparan, hanya bertahan dua penggal, yang mana pada penggal kedua, dalam PRN, bukan sahaja kalah, akan tetapi kalah dengan teruk sekali.
Penulis ingatkan, jangan sampai dipatuk ular pada lubang yang sama. Mengapa penulis berkata demikian, kerana akhir-akhir INI, mereka yang aktif dilaman sosial semasa kerajaan dan pemimpin masih sebagai pembangkang, kini bertukar :”tune” sebagai lidah pihak pembangkang, malah mempersoal, mengeritik tindakan-tindakan kerajaan. Memang jumlah mereka sedikit, tetapi suara sangat nyaring. Fikir-Fikirkan.