KOMPAUN yang dikenakan kepada 8 penduduk Tenom kerana melanggar SOP PKP2.0 minggu lalu, telah menjadi isu berbagai pihak termasuk neitzen bagai mana berlaku pendekatan dua darjat pihak penguatkuasa mengeluarkan kompuan.
Penulis beberapa kali menekankan, bahawa setiap peringkat pemimpin, termasuk wakil-wakil rakyat perlu kembali ke kawasan masing-masing bukan sahaja membantu pengundi mereka, akan tetapi menjadi pemudah cara penerangan/penjelasan berkaitan SOP melawan pandemik covid-19.
Akan tetapi imbuan agar mereka ini kembali ke kawasan masing-masing tidak diambil penduli. Apabila berlaku ada penduduk yang terkena kompaun, mereka mula lah mempolitikkan tindakan pihak berkuasa, malah cuba menjadi hero membayar kompaun tersebut.
Terlihat kesedaran di luar bandar, masih kurang, sehinggakan, SOP diambil mudah, sedangkan jangkitan virus, tidak mengenal siapa, apa kah mereka itu OKU, apa kah mereka itu hanya naik kenderaan kerana membeli keperluan harian, kerana jika tidak mematahui SOP, maka kadar kebolehjangkitan ada lah tinggi, dan boleh menghasilkan kluster-kluster.
PRN-16 Sabah, adalah contoh, bagai mana ketidak patuhan terhadap SOP, sehinggakan menimbulkan gelombang ketiga pandemik Covid-19 di negara kita. Hasil daripada gelombang ketiga, bukan sahaja PKP2.0 terpaksakan dilaksanakan semula, malah proklamasi darurat perlu diambil.
Orang politik yang beragenda langsung tidak mengambil iktibar, bahawa jangkitan covid-19 di negara kita hanya disebabkan oleh 3 pelawat negara China yang melawat Johor dari Singapura pada 25 Januari, 2020. Cuba fikir sendiri, daripada 3 tersebut, setakat semalam kes jangkitan mencecah 222,628, dengan kematian 791 mangsa. Malah di Sabah sendiri jumlah kes jangkitan 49.420.