Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

TUNGGU LAH VAKSIN COVID-19 DAN PELALIAN SELESAI

$
0
0
BERBALAH sesama kita, dalam keadaan pandemik covid-19 dan segala kesannya, TIDAK membawa apa-apa makna.

Ribuan pengumuman, ribuan sidang media, ribuan macam pendapat, selagi vaksin-19 belum tiba dan pelalian massal belum terlaksana, kata orang sama dengan mempertikai antara telur dan ayam mana yang lebih dahulu.

Rakyat sedikit lega, kerana dikatakan vaksin akan sampai minggu ketiga bulan Februari atau bulan Mac depan.

Walaupun vaksin tersebut bukan lah ramuan ajaib, akan tetapi menurut kajian klinikal sekurang-kurang dapat memberi pelalian kepada penerima dengan kadar 95%, ertinya daripada 100 orang penerima, hanya 5 orang tidak berkesan.

Memandangkan rakyat Malaysia berjumlah 32juta, maka jika pelalian dilaksanakan, 1.6juta termasuk dalam 5% tersebut.

Jika melihat kepada jumlah kes positif dalam negara yang berjumlah 190,434, ianya hanya mewakili 0.6% penduduk negara ini (termasuk rakyat asing).  Jika peratusan ini dinisbahkan pada yang 5% tersebut, jumlahnya tidak sampaipun 10,000.

Jika demikian, maka pelaksanaan vaksinisasi boleh lah dikatakan sebagai harapan terakhir bagi rakyat negara ini terlepas daripada musibah covid-19.

Sementara menunggu vaksinisasi, para pemimpin yang mabuk merebut kuasa, sabar lah dulu. Beri lah peluang kepada kerajaan melaksanakan tugas tanpa gangguan.

Jika memang ditakdirkan, anda sebagai Perdana Menteri, atau parti yang memerintah, ianya tidak akan ke mana, PRU-15, lambat atau cepat, tetap berlaku.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808