Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

DARURAT TIDAK SEPATUTNYA DIPOLITIKKAN

$
0
0
DALAM keadaan darurat ini, yang juga menguatkuasakan PKP, orang ramai masih menjalankan kehidupan harian seperti biasa. Makna kata, samada PKP atau darurat bukanlah masalah kepada kebanyakan rakyat Malaysia.

Kebanyakan rakyat faham bahawa proklamasi darurat adalah untuk membendung peningkatan kes covid-19, bukannya seperti dakwaan sesetengah pihak termasuk sesetengah pemimpin politik untuk melindungi kerajaan sedia ada. 

Asas kepada proklamsi darurat kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak lagi memadai membendung penularan virus yang semakin buruk kerana akta itu memerlukan prosedur yang memakan masa dan keputusan membabitkan perbincangan yang panjang. 

Dalam tempoh darurat, pihak eksekutif boleh memberi arahan tanpa memerlukan proses birokrasi, kerana dalam keadaan sekarang dengan pandemik yang semakin parah, keputusan perlu dibuat serta merta. 

Jika ada sesetengah pihak menganggap bahawa proklamasi darurat bermotifkan politik, sebenarnya hanya agenda peribadi,malah boleh dilihat mencabar kuasa Agong yang secara jelas diperuntukkan menerusi Perkara 150(1) Perlembagaan. 

Sepatutnya, semua pihak membantu jentera kerajaan melawan virus pembunuh ini, kerana dapat dilihat walaupun PKP dan darurat berkuatkuasa lebih 3 minggu, jumlah jangkitan masih kekal 4 angka. 

Tidak kah para pemimpin yang saling bertelagah, prihatin terhadap para murid/pelajar yang terkesan kerana pandemik covid-19, sehinggakan memudaratkan proses penganjaran dan pembelajaran. Selain itu, tidak kah mereka ini prihatian kepada rakyat yang terjejas dalam semua segi kehidupan kerana pandemik ini?

Seharusnya para pemimpin, pada saat-saat genting ini, menunjukkan jiwa yang besar, menunjukkan kepimpinan yang peduli rakyat, akan tetapi, sungguh malang, sesetengah daripada mereka itu, menunjukkan kerakusan, dan kepentingan peribadi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808