Banjir kerana fenomena alam. Turun padang, kerana menjalankan amanah, sebagai pemimpin dan wakil rakyat.
Apabila banjir melanda, maka selain mengakibatkan kerosakan harta benda milik rakyat, juga kemudahan-kemudahan rakyat, seperti jalan raya, jambatan, waima kemudahan bekalan air turut juga terjejas, misal tanah runtuh, jambatan hanyut/roboh/, jalan mendap dan sebagainya.
Kerana bencana alam, maka pemangkin kepada pemimpin untuk turun padang, melihat sendiri impak.
Hujung minggu lalu, Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah- Datuk Bung Moktar Radin, turun padang melihat sendiri keadaan kemudahan awam, baik di bandar mahupun di ceruk-ceruk luar bandar.
Kerana turun padang tersebut, maka diketahui oleh rakyat negeri ini secara umum, kerosakan-kerosakan kerana banjir, terhadap kemudahan awam, maka diperlukan RM150juta untuk tujuan membaik pulih dan penyelenggaran. Kerana impak turun padang itu juga, rakyat negeri tahu sekarang, 45% perpaipan bekalan air bersih di Sabah masih menggunakan paip lama, termasuk era British. Juga menerusi turun padang, dikenalpasti 22 loji rawatan air di Sabah bermasalah. Kerana keadaan tersebut, jika kerajaan berhasrat agar rakyat mendapat bekalan air bersih yang sempurna, dan pada masa sama tidak mengalami kerugian, akibat kebocoran paip, maka diperlukan RM13bilion.
Jumlah RM13bilion bukan sedikit, ianya lebih 3 kali ganda bajet negeri tahun 2021.
Hari ini, Ketua Menteri turun padang, melihat sendiri keadaan jalanraya terputus di KM44.7 Penampang Tambunan. Jalan terputus itu adalah sebahagian 41 jalan rosak impak kepada hujan yang turun berterusan minggu lalu.
Sempena turun padang tersebut, Datuk Hajiji mengumumkan kelulusan RM150juta peruntukan kecemasan untuk membaik pulih samada jalan yang terputus mahupun yang mengalami kerosakan teruk.
Dalam keadaan rakyat terjejas, kerana pandemik covid-19 yang turut mendapat perhatian daripada kerajaan negeri memberi bantuan tunai dan bakul makanan, juga bencana alam, menguras dana kerajaan. Musibah berganda yang didepani kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Hajiji, menuntut kesabaran, strategi yang jitu, agar rakyat terus terbela,