Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PERSOAL PROKLAMASI DARURAT- TINDAKAN DERHAKA

$
0
0
JIKA bukan derhaka? Apa istilah yang boleh digunakan? Kerana yang menulis surat itu adalah AP (ahli parlimen) ahli penggubal undang-undang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah penghasut kepada AP yang mengutus warkah kepada YDPA. 

Sebagai AP, mereka tahu Perkara 150 (8) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa HAL PUAS HATI Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah MUKTAMAD dan KONKLUSIF dan TIDAK BOLEH dicabar atau DIPERSOALKAN dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan. 

Jika Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ia tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, maka sudah semestinya ia juga tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di luar mahkamah. 

Tindakan Anwar dan AP yang mengutus warkah kepada YDPA menunjukkan KETIDAK setiaan atau derhaka terhadap YDPA. 

Tindakan Anwar, Tun Dr Mahathir dan Shafie sangat serius, kerana mereka ini ada yang menjadi Perdana Menteri dua kali, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Mereka ini, tidak sepatutnya memberi contoh atau tindakan yang boleh mengancam sistem pemerintahan negara. Perbuatan mereka ini, tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan yang sepatutnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808