Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MOU PARTI-PARTI POLITIK DALAM GRS TIADA KENA MENGENA DENGAN KEMELUT POLITIK DI SEMENANJUNG

$
0
0
Majlis menandatangani Persefahaman parti-parti poltik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ditandatangi pada Sabtu, 9 Januari, 2021 bertempat di SICC, Tanjong Lipat, Kota Kinabalu, sebagai susulan kepada pembentukannya pada 12 September, 2020 semasa penamaan calon PRN-16 Sabah.

Walaupun gabungan itu telah memenangi PRN Sabah ke-16, namun secara rasmi belum dibentuk anggota jawatankuasa gabungan tersebut, walaupun pembentukkannya telah dipersetujui oleh semua parti-parti yang bergabung di dalamnya. 

Pada Sabtu, pada majlis menandatangi Persefahaman (MOU) seramai 27 ahli jawatankuasa telah disenaraikan daripada 9 parti gabungan tersebut. 

Jawatankuasa gabungan tersebut terdiri daripada seorang pengerusi, 3 timbalan pengerusi, Setiausaha, penolong setiausaha, bendahari, ketua penerangan, 18 ahli jawatankuasa biasa dan setiausaha ekeskutif. 

Majlis menandatangi MOU politik antara parti-parti dalam gabungan tersebut telah lama dirancang, sebelum berlakunya kemelut hubungan antara Bersatu dan Umno. 

Sebelumpun kemelut antara Bersatu dan Umno di Semenanjung, parti-parti dalam gabungan tersebut, sejak awal-awal lagi memberi komitmen memperkukuhkan gabungan tersebut, bersesuaian dengan mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah pada PRN-16, 26 September, 2020 dan seterusnya menjamin sebarang perkembangan politik di luar Sabah, tidak akan menjejaskan kerjasama antara parti-parti dalam gabungan tersebut. 

MOU antara parti-parti dalam GRS, tiada kena mengena dengan kemelut politik di Semenanjung. Bagi GRS, apapun yang bakal berlaku, samada kerajaan Persekutuan terpaksa membubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada PRU-15, kerajaan Sabah yang diterajui GRS akan kukuh sehingga PRN berikutnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808