Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MOU GRS DITANDATANGANI

$
0
0
GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS) yang diumumkan pada 12 September, 2020 yang terdiri daripada parti PN, BN dan PBS telah menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Politik (MOU) pada Sabtu, 9 Januari, 2021 di SICC, Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

GRS dianggotai 9 parti, iaitu, Umno, Bersatu, PAS, PBS, STAR, PBRS, MCA, SAPP dan MIC.

Menerusi MOU tersebut, telah dibentuk Jawatankuasa GRS yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. 

AJK tersebut mempunyai 3 timbalan pengerusi, iaitu daripada Umno (Datuk Bung Moktar Radin), PBS (Datuk Dr Maximus Ongkili) dan STAR (Datuk Dr Jeffery Kitingan).

Setiausaha gabungan tersebut adalah Tuan Mohd Razali Razi (Bersatu), Bendahari Datuk Salleh Tun Siad (Umno), Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai (PBS), sementara Setiausaha Ekeskutif Abdul Kassim Razali (Bersatu).

Dalam senerai AJK antaranya adalah Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif (Bersatu), Datuk Jafry Ariffin (Umno), Datuk Yong Teck Lee (SAPP), Datuk Radin Malleh (PBS), dan Abdul Hashim Osman (Pas).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808