Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

RAGAM PEMIMPIN NEGARA-GILA JADI PM, GILA TUMBANGKAN KERAJAAN, GILA PRU

$
0
0
KERANA kegilaan jawatan Perdana Menteri, sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU-14 tumbang.

Kerana kegilaan tumbangkan kerajaan, maka kerajaan sepanjang masa berhadapan ketidak stabilan, kesimpang siuaran. Impaknya, kepada rakyat dan negara. Sudah lah negara dan rakyat mendapat kesan yang luar biasa daripada pandemik covid-19, tindakan berbagai syarikat multinasional milik negara asing, chau daripada negara kita, bukannya kembali ke negara asal, akan tetapi berpindah ke negara jiran. 

Malaysia semacam kehilangan daya saing berkaitan pelaburan asing berbanding jiran seperti Indonesia, Thailand atau Vietnam. 

Kerana gilaan mengadakan PRU-15, rakyat jadi resah, bimbang, kerana ada pemimpin sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat demi sebuah kuasa. 

Dalam keadaan ancaman pandemik covid-19 kepada rakyat negara, umpamannya menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, selama 9 bulan pandemik Covid-19 angka kematian kurang daripada 100, akan tetapi 9 hari pertama tahun 2021, angka kematian mencecah 71 orang. 

Penulis terbaca sebentar tadi, Hospital Melaka, tidak mampu lagi menerima pesakit, sehingga terpaksa menghantar pesakit negeri tersebut ke hospital-hospital di negeri-negeri lain. 

Kebanyakan rakyat negara ini memikirkan soal nyawa mereka, walaupun ada segelitir yang sanggup memperjudikan nyawa sendiri, apabila enggan mematuhi SOP yang ditentukan oleh KKM. Saban hari, Menteri Pertahanan- mengumumkan sejumlah rakyat negara ini baik direman atau dikompaun, kerana engkar SOP, khususnya mereka yang asyik melayani cara hidup moden, berhibur di kelab-kelab malam, atau perjumpaan sosial. 

Jangkitan covid-19, tidak mengenal kedudukan, tidak mengenal siapa, malah penulis sendiri dinasihatkan oleh Mysejahtera untuk duduk di rumah selama 14 hari, kerana telah terjumpa seorang kawan yang postif covid-19, apabila 6 hari selepas perjumpaan tidak dirancang tersebut, kawan tersebut didapati positif. Perjumpaan yang sebentar, penulis sepanjang masa menggunakan pelitup muka,namun sempat bersentuhan, dengan menggunakan Jab. Perjumpaan pada 3 januari lalu, sudah seminggu, tetapi atas nasihat KKM seperti mana diSMSkan menerusi MySejahtera, penulis perlu duduk di rumah, walaupun tiada sebarang gejala terkena virus tersebut. 

Sepatutnya setiap rakyat negara ini, tidak kira lah pemimpin, termasuk pemimpin yang kemaruk kuasa, walaupun beranggapan menghayati sebenar-benarnya maksud dan tujuan demokrasi, dan pada masa sama kononnya sedang berhadapan dengan sebuah kerajaan yang begitu kusut sekali, kerana kerajaan tidak ikut campur urusan mahkamah, namun, tindakan mendedahkan rakyat kepada pandemik covid-19 adalah tindakan tidak bertanggungjawab. 

Argumen, kononnya, kerajaan perlu ditumbangkan, menerusi PRU, kerana kerajaan yang memerintah negara, adalah kerajaan yang mempunyai majoriti terkecil di dunia. Kerana majoriti terkecil tersebut, maka ianya perlu ditumbangkan. 

Penulis meminjam pendapat Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, naik perahu kecil, tidak semestinya tenggelam, jika semua penumpang duduk baik-baik, sehingga sampai ke destinasi. Demikian juga kerajaan Persekutuan sekarang, tidak semestinya tumbang, kerana hanya mempunyai majoriti sangat tipis, jika semua MP yang menyokong duduk diam-diam, sehingga PRU-15, atau sehingga pandemik Covid-19 reda, atau sehingga vaksin selesai diedarkan, dan 80% rakyat telah menerima pelalian. 

Penulis sangat tidak yakin dengan kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya, kononnya, suruhanjaya itu mampu melaksanakan pilihanraya, tanpa memudaratkan rakyat secara umum. Buktinya, pada PRN-16 Sabah yang diadakan pada 26 September, 2020, telah menyebabkan mencanak naiknya jumlah pesakit covid-19 di Sabah, malah telah menular di seluruh negara. 

Tidak terkesan kah, pihak-pihak yang ingin sangat dengan PRU-15, berkaitan jumlah jangkitan dalam negara? yang telah melepasi jangkitan di negara asal virus tersebut, China, sedangkan jumlah penduduk negara ini, hanya 1/50 rakyat negara tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808