Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: TIDAK UNTUK PH- UMNO-BERSATU-PAS KENA BERTAUT

$
0
0
TULISAN kali ini, hanya melihat BN atau PN di Semenanjung, kerana masalah politik negara ketika ini lebih tertumpu politik Semenanjung.

Sesuai dengan kecenderungan rakyat di Semenanjung, yang telah memisahkan diri antara satu sama lain sejak PRU-13, iaitu kaum cina dan india telah memilih DAP, dan atau parti yang bekerjasama dengan parti tersebut.

Apabila pengundi melayu terpecah, maka jelas akan tertubuh kerajaan yang dimonopoli oleh DAP, sepertai mana berlaku pada PRU-14.

Jika pada PRU-15, undi melayu terpecah lagi, maka keputusan PRU-14 berulang.

Hakikat perlu diterima oleh Umno-Bersatu-Pas jika mahu mempertahankan Putrajaya, maka TIADA pilihan melainkan perlu bekerjasama.

Dalam senario kecenderungan pengundi melayu yang telah berubah, tiga parti tersebut kena terima hakikat, apabila berlaku berlawanan, maka menuntungkan pihak lain, dalam hal ini Pakatan Harapan (PH).

Antara UMNO-Bersatu- PAS, jika berlaku pertembungan, tiada lagi makna, parti lebih kuat, kerana akan bertukar, ketiga-tiga parti tersebut menjadi lemah.

Jika harapan segelintir pemimpin Umno, apabila PRU-15 diadakan segera, dengan kaedah, BN lawan PN lawan PH, maka BN akan kembali menguasai Putrajaya, dan pada gilirannya "memperbetulkan" kerajaan "Zalim" yang meneruskan tindakan undang-undang terhadap segelintir pemimpin Umno, akan bertukar seperti pungguk rindukan bulan.

Belum terlambat bagi Umno dan Bersatu bertaut semula. Peranan Parti Pas adalah diperlukan mendamaikan dua rakan parti tersebut. Pas berkawan dengan Umno dan Bersatu, dan parti itu mengharapkan Umno dan Bersatu juga berkawan.

Umno-Bersatu-Pas, perlu menerima hakikat, bertiga itu lebih kuat berbanding berdua apatah lagi bersendirian.

Tiga parti tersebut perlu mengutamakan rakyat yang dinaungi ketiga-tiga parti tersebut, berbanding mempertahankan keegoan masing-masing. Fikir-Fikirkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808