Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: KEMAHUAN UMNO KEMBALI "TO LEAD"

$
0
0
TIDAK pernah berlaku, sejak negara Merdeka, bahawa Umno tidak lagi menerajui kerajaan. Kejadian tersebut berlaku pada PRU-14.

Dalam sistem demokrasi, jika sebuah parti ingin kembali diberi mandat, maka perlu menunggu pilihanraya berikutnya, ertinya Umno perlu menunggu sampai penggal kerajaan yang diberi mandat tamat tempoh. Selama menunggu tersebut, maka Umno kekal sebagai pembangkang, dan para wakil rakyat parti itu, samada di Parlimen atau DUN yang dikuasai kerajaan, maka Umno adalah pembangkang. 

Keputusan PRU-14, hanya Perlis dan Pahang Serta Sabah, Umno kekal sebagai kerajaan, manakala di negeri-negeri lain, Umno adalah pembangkang, termasuk di Johor, tempat kelahiran Umno. 

Jika pemimpin Umno memegang kepada keputusan PRU-14, bahawa parti itu adalah blok pembangkang sepenggal, maka menjadi kerajaan sebelum tamat penggal adalah bonus atau peluang gratis. Sifat bonus atau peluang gratis perlu diterima seadanya, dan patut menadah tangan, tanda kesyukuran dan terima kasih. 

Rupanya bonus atau peluang gratis yang dinikmati, tidak disyukuri, sebaliknya berlaku, diberi betis hendakkan paha pula. Malah, peluang yang diberi dijadikan sebagai senjata mengancam. 

Sepatutnya Umno bersyukur, kerana para pemimpin mereka, mendapat kedudukan baik sebagai menteri, timbalan menteri, termasuk pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan. Setidak-tidaknya peluang gratis tersebut, membantu parti berkhidmat kepada rakyat, ahli dan penyokong, berbentuk “berisi” bukannya “hanya air liur”. 

Kerana Umno terbiasa atau sudah sinonim “To Lead”, maka merasa “janggal” sebagai parti yang “Led by others”. Maksud “Led by Others: tersebut merujuk kepada PPBM/Bersatu. Para pemimpin parti itu, khususnya mereka yang ditolak pada PRU-14, terus menjadi suara dominan, menunjukkan rasa cemburu kepada pihak yang sedang menjadi peneraju, termasuk lah mantan kawan-kawan yang telah menyebarang. 

Timbul berbagai andaian, ular sawah menelan Naga, dan kemudian timbul anggapan, selagi Umno bekerjasama dengan Bersatu, Umno menunggu dikuburkan. Kerana andaian itu timbul daripada pemimpin dan mantan pemimpin, maka semasa mesyuarat bahagian-bahagian parti tersebut, timbul lah usul, untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU-15. Makna, kepada usul tersebut, Umno kembali pada status quo selepas PRU-14, iaitu blok pembangkang. Sebagai parti dalam blok pembangkang, sudah tentu mahu berlawan dengan parti yang sedang “lead” , dan jika menang, maka akan menjadi “leader” “To Lead”. 

Pertanyaan yang perlu dijawab, dalam senario politik sekarang, apa kah nostaliga masa lalu dapat berulang? Atau kah Umno kena berpijak di bumi nyata, bahawa kecenderungan rakyat negara ini sudah berubah. 

Contoh yang dekat dan masih segar, bagai mana kecenderungan rakyat negara ini sudah berubah, adalah keputusan PRN-16 Sabah. Menerusi keputusan rakyat Sabah, jelas dan terang, rakyat secara umumnya, mahukan Umno-Bersatu sebagai sebuah entiti, bukannya seperti pendapat Datuk Khaled Nordin atau Datuk Puad Zarkashi. 

Umno tidak boleh melawan arus perubahan. Fikir-Fikirkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808