Ketua Menteri ke-16 Sabah- Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berikrar untuk menjadi Ketua Menteri untuk semua rakyat Sabah, tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik.
Menerusi pendirian tersebut, maka setiap rakyat yang tersebar di 73 Dun dan 25 Parlimen akan mendapat pembelaan.
Untuk mencapai matlamat tersebut, Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Pembanguan Baharu Sabah Maju Jaya yang bermula tahun ini sehingga tahun 2025.
Pelan pembangunan Sabah Maju Jaya akan ditunjang oleh Majlis Penasihat Ekonomi Sabah dan Invest Sabah Bhd yang berpandukan kepada Model Ekonomi Baharu Sabah agar kesetabilan pertumbuhan ekonomi Sabah dalam jangka panjang terwujud.
Sebagai asas kepada pelan Sabah Maju Jaya, pada 18 Disember 2020 Kerajaan GRS telah membentangkan bajet berjumlah RM4.3bilion, yang mana RM1.6bilion daripada khusus untuk membangunkan infrastrukutur dan sistem penyelenggaraan kemudahan awam Sabah.
Sempena 100 hari kerajaan GRS, Hajiji juga menekankan betapa pentingnya kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kerana kerajaan Persekutuan itu juga dibentuk oleh negeri Sabah, rakyat Sabah, pemimpin Sabah dan pegawai kerajaan daripada Sabah juga terlibat dalam Kerajaan Persekutuan.
Hajiji juga mengakui pandemik covid-19 telah memperlambat pelaksanaan sembilan teras aku janji yang telah digariskan sempena PRN-16 Sabah.
Walaupun ancaman pandemik covid-19, akan tetapi sebahagian daripada teras tersebut sedang dan dalam proses pelaksanaan, umpama kutipan cukai jualan 5 peratus daripada Petronas yang mana perolehan seumpama ini sebahagian hak-hak Sabah dalam MA63.
Sebagai penyegar kepada pembaca, 9 teras keutamaan Kerajaan GRS adalah Memperkasakan Hak Sabah dalam Persekutuan, Penyediaan Infrastruktur, Pemantapan ekonomi negeri, membuka peluang-peluang pekerjaan, pemantapan perkhidmatan awam, peluasan pendidikan dan modal insan, kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan, serta pembangunan belia dan wanita.
Selain itu, bagi memperlancar perkhidamtan kepada rakyat dan membangun negeri, kerajaan GRS secara berterusan melantik atau mengisi berbagai jawatan di semua peringkat, baik jawatan-jawatan dalam kerajaan, agensi kerajaan akan tetapi juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Sebagai penulis, yang mahukan rakyat dan negeri maju jaya, mengharapkan apa yang telah dirancang dapat direalisasikan, termasuk juga keadilan untuk semua.
Selamat Berkhidmat kepada Datuk Seri Hajiji dan Pasukan. Di panjangkan usia, sama-sama kita saksikan pencapaian pada Disember, 2025.